Thursday 3 December 2015

Tips/Rules Cari Kerja dan Buat Resume

Assalamualaikum!

So previously I have shared with you guys a little tips on how to find a job using the right medium. You guys can check it out ---------> CLICK HERE

Ada jugak dua tiga orang yang mintak senarai companies related in engineering. Hopefully the list will help those in need whether looking for a job or even a place for internship. So pada sesiapa yang still want the list, please email sis okay? fhdiyana@gmail.com :)

This time I wanna share with you the rules or do's and dont's / tips in applying a job and also how to produce a nice resume. Ni semua based on my experience and Im sure you all know the rules. Tapi share je lah. Kot2 ada yang terlepas pandang. 

1. Email

Email ni sangatlah penting selain nombor fon. Kat email ni lah tempat korang nak apply kerja dgn interact dgn future employer. So email mesti lah professional and can represent yourself. Nak senang and paling professional buat email pakai nama korang. Aku ada pernah jumpa orang yang apply kerja tapi email barbiegurls/usopsontorian/blink2182 dan macam2 lah. Bos aku kalau nampak je email macam ni terus reject. Tak baca pun email. Serious!

2. Gaji

Dulu masa betul2 fresh grad sumpah tak tahu nak letak gaji apa dalam resume. Tak tahu level gaji fresh grad berapa sebab takde pendedahan. So mula2 keluar universiti, buat resume, apply jobstreet semua pakai gaji RM 2800. Kahkah. Demand gila nak mampus. Aku ingat RM 2 800 tu kira okay lah. Tapi bila buat gaji RM 2800. Satu company pun tak cari kau. None! Yillek! So aku pun turunkan pergi RM 2500. Takde jugak company call. Last2 aku dah paham permainan dia so aku letak RM 2300. Baru lah ada company call panggil interview. Bila dah kerja baru tahu fresh grad starting RM 2300 tu pun dah tinggi. Oopss. So my advice, gaji letak RM 2000 - RM 2300. Bila dah panggil interview, baru discuss pasal gaji apa yang patut. 

3. Muka surat resume

Resume korang biar padat, simple and eye-catching. Kalau boleh jangan lah sampai berhelai helai muka surat. Untuk fresh grad maximum is two pages. Resume aku dulu 1 page setengah. Try masukkan info yang penting penting sahaja. Jangan lah sampai masukkan results spm or anything yang korang join masa sekolah menengah dan rendah. Try fokeskan on your diploma/degree/sijil punya background, your internship dengan final year project. 

4. Gambar resume

Please letak gambar dalam resume korang. Gambar pulak jangan lah gambar selfie dan jangan pulak gambar 10 tahun lepas. HAHA. Gambar biar lah latest, gambar passport and yang amek kat kedai. Baru lah nice. Kalau letak gambar ni senang employer nak tengok camne rupa kau. Reliable ke tak. Hensem or lawa ke tak. Muehehe. 

5. Template Resume

Template resume korang haruslah sesuai dengan kerja yang you guys cari. Kalau budak art & design lain, kalau engineering lain. Engineering biar schema and nampak tersusun tapi jangan template yang bosan. Kalau korang google kompem banyak jumpa. 

6. Proofread Resume

Suggest bila dah siap resume, buat proofreading. Hantar lah resume bagi lecturer/kawan/mak bapak tengok. Kita ni manusia biasa. Kadang-kadang rasa perrrrrfect gila dah resume tapi rupanya ada grammar error lah etc. So make sure to proofread your resume. Nak hebat lagi, cari kat linked in, biasa ade orang yang ambil upah upgrade resume orang. Kalau berduit, spend lah sikit for your future. hehe. 


Tu je kot tips yang aku boleh fikir. Adios! Moga korang dimurahkan rezeki. Amin!


Tuesday 15 September 2015

Tips Cari Kerja Bagi Fresh Graduates/Pelajar Tahun Akhir

Assalamualaikum!

Part cari kerja memang susah! Especially untuk fresh graduates dan pelajar tahun akhir yang takde pengalaman langsung dalam bidang pekerjaan except pengalaman ciput internship. I believe that semua pelajar semester akhir kompem ada goal/motif sendiri untuk terus start kerja once dah habis belajar. 

Kompem kita ada dengar si polan bin nolan dah kene offer kerja padahal tak habis study lagi. Kita? Of course lah jeles. Jangan tipu. Hehehe sebab aku pun dulu macam tu awal tahun baru ni. Aku pun boleh dikatakan fresh graduate sebab kerja tak sampai setahun. So, aku nak share tips tips nak cari kerja. Lets get started!

1. Bila nak start apply kerja?

Masa kes aku dulu, aku apply kerja before final exam aku sambil sambil buat FYP. Kos aku chemical engineering, so ada dua FYPs. Sambil-sambil bertungkus lumus buat FYP sambil tu jugak aku apply kerja. Hence, aku nasihatkan korang apply kerja before exam lagi. Even though takde lagi final result yang official, just apply pakai current result dengan transcript dan explain dalam cover letter kita dijangka grad bila. Part resume/cover letter bagai , aku akan cover dalam next entry okay? hehe. 

2. Medium Cari Kerja

Haaaa. This part ada sorang budak tanya aku. So kat bawah ni aku nak listkan medium medium untuk cari kerja and which one is the best! 

JOBSTREET ------------>>>> WEBSITE JOBSTREET

Aku rasa jobstreet ramai dah tahu. Memang laman web yang famous untuk cari kerja. Aku start buat akaun ni lama dah, start masa nak cari internship dulu. Hehe. Make sure korang update and tulis betul betul detail pasal korang. Tapi aku tak nasihatkan fokus only kat jobstreet nak cari kerja. 

Sebab apa? Cari kerja kat jobstreet sangat sangat susah sebab competition ramai!!!Tak percaya korang try apply satu kerja then tengok berapa ramai yang apply jugak. Beratus weyh!!  2 3 4 ratus! Then korang akan dapat tahu yang apply kerja tu mostly fresh grad. So what makes you different than them? Serius cakap pointer does not really help kalau apply kat sini sebab too many competition. 

Lain lah kalau kau ada kelebihan lain macam sijil sijil kemahiran (engineering) like OSHA,T-BOSIET,NDT,AGT etc.By the way, aku apply jobstreet sampai 300 permohonan. yep. 300 tau application aku hantar dalam masa 3 bulan. Yang aku dapat interview? Dua je. Dua tu pun aku bersyukur sangat sangat. Tapi bila aku cakap macam ni, jangan lah pulak korang tak apply langsung kat sini. Hahaha. Kena ada effort jugak. Mana tahu ada rezeki. 


APPLY THRU POST/EMAIL/PHONE DIRECTLY TO COMPANY

Cara ni bagus. Nak tunggu kena panggil interview dengan jobstreet sempat lagi lah tanam anggur,epal bagai. So pakai cara ni insyaAllah dapat lah interview dengan syarat resume mantap, cover letter bagus. Korang google je random contoh macam;

Syarikat Oil & Gas Malaysia
Company Engineering
Company Palm Oil  dan lain - lain

Jumpa phone number company tu, cuba-cuba lah call tanya ada kerja kosong ke tak. Kalau jenis malu bertanya, cari email atau post. Email/post lah company tu apply untuk position apa. Jangan lupa attach relevant documents macam resume,transcript. Kalau xtahu company tu ada kerja kosong jawatan apa, korang tulislah nak apply kerja untuk any related job to engineering or whatsoever the course you took. Untuk sesiapa yang nak list companies related to engineering. Please do email me at fhdiyana@gmail.com. Aku ada list-list company seluruh Malaysia. InsyaAllah membantu. Hehe.


Update: I dah download link for those yang nak list companies dekat post ni 

HANTAR RESUME BY HAND


Yang ni pun bagus! Aku dulu apply kerja malas nak buat menda ni. Hahaha. Tapi kawan kawan ada ramai jugak buat cara ni. Korang tengok kawasan perindustrian kat mana-mana yang banyak company or kilang. Pergilah merendek pegi ke satu satu company hantar resume attached with cover letter dgn transcript. Biasanya pak guard tak bagi masuk. Tapi kalau tak bagi masuk,boleh mintak pak guard bagi dekat HR. Kawan aku, ada yang dapat interview cara ni, 

MUDAH.MY -------->>> WEBSITE MUDAH


Jeng jeng jeng. Seriously ramai tak tahu boleh cari kerja pakai MUDAH. Aku pun tak tahu mula-mula. Then, tunang aku bagitahu pasal ni. Thanks to him that I got my current job. Company yang aku kerja sekarang ni iklankan vacancy kat MUDAH. Banyak lagi iklan kerja kat MUDAH. Dulu ingat MUDAH ni untuk cari rumah or kereta je. Hahaha. Ternyata salah anggapan aku. So bukak lah mudah.my cari kerja okay. Keje engineer pun hado.

MAUKERJA.MY ---------->>> WEBSITE MAUKERJA


Yang ni pun website cari kerja yang amat memudahkan. Actually aku find out pasal web ni thru twitter jurutera_MY. Bila bukak website ni memang best and easy to handle. Aku rasa website ni baru lagi atau aku yang ketinggalan zaman. Kahkah.

LINKED IN   -------------->>>WEBSITE LINKEDIN


Aku buat akaun linked in ni masa final semester. Ini pun sebab lecturer aku bagitahu. Linkedin ni dia macam facebook cuma dia untuk kerja. hehe. Sini bagus untuk build up connection dengan recruiter dan engineer yang lain. Masa aku buat akaun ni hampir semua recruiter aku jumpa aku add. Engineer pun aku add. Bukan apa, sebabnya dorang ni kadang kadang akan advertise vacancy kat sini.

Cara apply? kat setiap status vacancy, korang tulis je please look at my profile. Kalau dia bagi email, baru email directly. Aku pernah dapat offer internship pakai linkedin. Huhu. Tapi honest cakap, tak membantu sangat apply kat sini sebab punya lah beratus and beribu orang komen kat satu post vacancy. Hahahaha. Mati lah nak.

WALK IN INTERVIEW

Cara ni pun bagus! Memang chances nak dapat tu tinggi sikit lah compare dengan cara lain. Nak tahu bila walk in interview ni just search kat google or jobstreet. Biasanya mesti ada iklan punya. Kadang kadang universiti pun ada buat benda ni. 

NEWSPAPER THE STAR

Korban dan rajinkanlah diri beli surat khabar The Star every Sunday sebab memang akan ada kat iklan kat ruang kerja The Star. Aku pernah dapat tahu vacancy untuk Esso Mobile melalui The Star lah. 

JOB FAIR


Aku mula mula dulu dua tiga jugak job fair aku pergi masa tengah study. Sebenarnya, job fair ni tak membantu sangat bagi aku lah unless memang company tu cakap ada vacancy.

Basically, company yang join job fair ni just nak promote their company and also sebahagian dari projek comm plan dorang. Tapi jangan pulak tak pergi. Sebab ada jugak orang dapat panggilan interview sebab dia hantar resume kat Job Fair. Sikit lah peratusan dia. But you can try. At least boleh tahu company apa yang wujud. Kadang tak pernah dengar pun. 

Nak pergi make sure print resume,cover letter, transcript banyak banyak dalam minimum 30 set. Kepilkan elok elok and datang awal! Kalau tak berhimpitlah sebab ramai sangat manusia.

3. Usaha dan Tawakal

Lepas dah apply kerja semua. Jangan lah kita ni nak putus asa kalau takde company bagi response atau panggil interview. Just usaha lagi dan lagi. Jangan berhenti apply kerja. Rezeki masing masing lain. Bersabar, usaha dan tawakal. 

Aku dulu kawan kawan ramai dah dapat interview especially tunang aku. Aku kecewa tapi tak pernah putus asa. Aku balik kampung Januari (kampung lah sangat), start bulan 3 baru ada company panggil interview. So 2 bulan jugaklah takde company nak layan aku padahal pointer aku degree kelas pertama. Huhu. TAPI sebab tak putus asa, bulan 4 tiba tiba banyak interview dapat. 4 tak silap. Dia datang segumpal Allah bagi. Bulan 5 aku start kerja. Alhamdulillah.

Itu je lah kot aku rasa tips yang aku nak bagi. For those yang tengah job hunting. Good luck and do your best! Please do not hesitate to like and share! 

UPDATE:

For those yang apply kerja pakai jobstreet, advisable for you to sign up for priority application. Tak mahal. RM 45.00 sahaja and its really worth it. Tugas priority application is for your application to be stand out than the other applicants. Maksudnya employer would definitely review your resume. Guarantee! So try it! I have my own testimony. Good luck!

Credit to Google for the photos

Thursday 10 September 2015

Cara Apply CIDB Green Card

Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita pasal macam mana nak apply CIDB Green Card . Aku pernah dengar lah mende ni masa semester 8 dulu. Masa tu aku tahu ada dua jenis card. Satu Green Card satu lagi OGSP Card. 

Green Card ni sama je macam OGSP Card cuma OGSP ni untuk pergi offshore punya platform manakala Green Card ni untuk masuk site construction or plant onshore. Dua card ni  wajib and penting sebelum masuk site/platform. Dalam kes aku, kerja aku banyak melibatkan aku masuk keluar site construction, so company aku suruh aku buat jugak CIDB Green Card. 

Sebabnya? Sebab CIDB Green Card ni includes special insurance scheme kalau lah pape accident or death berlaku kat korang masa dalam atau kawasan site. Nauzubillah. Tapi its for your own safety lah. Satu lagi untuk elak kan company dari kena denda. Contoh kalaulah apa apa berlaku, tiba-tiba kau takde Green Card. Akibatnya, kau takde insurans nak cover then company kau pulak kena denda dengan CIDB. Sudah jatuh ditimpa tangga = ="

So kalau korang kerja company yang involve dengan plant atau site, please make sure company korang ada amalkan tak Green Card ni. Sebab ade company cikai gila sampai taknak tanggung kos pekerja nak buat Green Card. Padahal RM50 je per person untuk tempoh 2 tahun. Alhamdulillah, company aku memang suruh claim. 

Okay jom tengok cara apply! 

1. Apply Online

Untuk apply korang pergi ke laman web CIDB ------------>>> KLIK SINI

Then, korang click dekat kotak hijau yang tulis Green Card macam gambar kat bawah ni.


After that, korang akan find a page like this. So, all you have to do is click ' New Registration' at the sidebar shown in picture below. 


Bila dah click, akan keluar senarai kursus yang banyak gila. Semua kursus ni memang untuk buat Green Card. Senarai dia banyak sebab tarikh, pengendali kursus dengan tempat lain-lain. 


TAPI, aku nasihatkan korang cari tarikh untuk buat weekdays dengan tempat dekat Pusat Latihan CIDB/Akademi Kad Hijau terdekat. Sebab apa? sebab nanti mudahkan urusan pembayaran korang. Nanti aku explain. Jangan risau buat weekdays sebab biasa company akan bagi.


Lepas dah pilih tempat dan tarikh yang sesuai, korang click DAFTAR.

Lepas tu dia akan suruh korang isi your personal details semua. Masa isi details, ada satu ruang tu dia suruh korang pilih Kod Tred. Yang ni korang kena pilih based on company. Kalau aku, company aku Project Management Consultant (PMC), so aku pilih tred Pengurus Binaan Projek. Then bawah tu aku pilih Engineer sebab aku search Environmental Cum Process Engineer takde.

2. Taklimat CIDB 

Lepas dah siap apply online, korang tak payah tunggu email ke apa dari CIDB sebab tak akan ada. Masa aku dulu, cuak gila tak tahu slot yang kita daftar tu diluluskan ke tak. Kene bayar macam mana. Last-last gamble pergi pada tarikh dan tempat yang aku daftar. 

Alhamdulillah! HAHAHA. Sampai je nampak nama aku tertulis dekat pintu bilik syarahan CIDB tu. Lega aku. Masuk je dalam bilik latihan tu, aku tanya nak bayar kat mana? Dia cakap bayar lepas habis taklimat. Haha. Penat je aku bawak keluar duit awal awal. So,korang hadir je slot tu then dengar presentation dari Pagi sampai Petang. Aku pergi dengan tunang nasib baik time bulan puasa, so pukul 2 dah habis slot. Ngehngehngeh. Kalau tak, mengantuk lah jugak. Hehe. 

Lepas nak balik tu, baru lah dorang akan bagi slip hadir kursus. Then dia explain yang slip tu penting sebab masa nak bayar nanti korang kena bawak slip tu. 

Aku pun tanyalah. Kat mana nak bayar? Dia pun cakap lah kena bayar kat pejabat CIDB. Lepas 2 minggu kena collect pulak Green Card. Disebabkan aku amek slot masa weekend maka dengan ini pejabat CIDB TUTUP. So aku tak dapat nak bayar! Haaaa. sebab ini lah aku advise buat weekdays! Kalau tak, kena macam aku, ulang - alik pegi taklimat, then pergi semula untuk bayar then pergi lagi untuk amek kad. = =' Buang masa, petrol dengan tenaga kekdahnya!

3. Bayar CIDB

Aku buat hari ahad. So hari selasa aku pergi CIDB bayar yuran RM 50.00 (jangan lupa bawak slip). Then dia akan bagi new slip yang tertera tarikh amek kad (dalam 2 minggu lepas bayar).

4. Collect Green Card

Tadaaaaa! Ini lah Green Card.


Then lepas dapat kad korang boleh cek semula korang punya status permohonan kat CIDB.



Satu lagi aku nak advise, korang doa-doakan lah tak dapat sekali satu kelas dengan warga warga asing. Sebab banyak pekerja kontraktor kan warga asing. So dorang pun ada Green Card. Haha. Bukan apa, untuk mengelakkan ketidakselesaan korang masa taklimat (If you know what I mean). By the way, kalau korang company contractor, usually dorang yang akan prepare CIDB green card session. So, dorang just panggil pegawai CIDB datang company. Easy that way. 

Untuk pelajar semester akhir pun boleh buat Green Card awal-awal. Korang boleh panggil CIDB untuk datang kat Universiti/Kolej korang. Atleast, nanti dalam resume boleh letak dalam achievements dah ada Green Card. Kalau student pon kalau amek awal, korang boleh claim kat bakal company yang korang kerja. No worries. Okay itu sahaja. 


Interview with Schlumberger - Part 2

Assalamualaikum! Hye Hye!

Nak sambung cerita Interview dgn Schlumberger Part 2! Untuk Part 1 cerita pasal aku interview Internship dan untuk Part2 pulak aku nak cerita pasal Interview untuk Job Position in Schlumberger. Hehe. Okay jom!

Untuk Part 1, -------> KLIK SINI

So, aku apply for job position kat Schlumberger lepas aku habis Final Exam (February 2015). At that time , aku apply untuk Field Engineer . Cara nak apply kerja kat SLB please check it in Part 1. Hehe. Aku dah provide link. 

Masa bulan 3, aku balik Kuantan tanam anggur nak buat apa duduk Shah Alam lagi oi dah habis belajar! Kahkah. Masa aku tengah rilek tengok TV rancangan Say Yes to the Wedding Dress, masuk lah satu call. *jangan silent okay?. 

"Hi! Is this WFHD? I'm Nadia from Schlumberger. Do you have a moment?"

Tak macam masa aku hingusan dulu angkat call nerves, sekarang aku konfiden terlebih sebab happy finally ada company call aku setelah lama menganggur!

Actually Nadia tanya soalan yang sama macam Mr.Kuga tanya*please refer Part 1. Untuk kali ni, jawapan aku kat Nadia panjang berjela. Then Nadia pun cakap,

"U pernah interview dah kan before this? Thats why U ingat detail apa Schlumberger buat. Haha"

Dia gelak. Aku pun lagi kuat gelak. Kahkahkah. 

Lepas tu dia akan shoot email bagitahu bila dia akan call untuk interview. So I get this email along with the itinerary of the interview. 



FYI, aku dapat email ni 2nd March. So aku ada 3 hari lagi and that time aku kat Kuantan.Tak cukup tidur aku sebab nak prepare untuk interview. Its okay. The sacrifice is worth the time. Esok nya terus pegi KL. 


As you can see here, kali ni email dengan agenda Interview lain dengan masa Interview yang Part 1. Apa yang lain?

1. Dia tak state the position that I will be interviewed.
2. Dia tak mention any 3minutes self-presentation kat dalam itinerary.

So disebabkan dia tak mention untuk position apa, aku study je semua role job position yang ada kat Slb. Hahaha. Sebab tu aku tak cukup tidur. = =" Anyways, walaupun takde tulis ada self-presentation kat itinerary, aku tetap prepare speech tentang diri aku, weakness,strength dengan reason nak kerja dengan Schlumberger macam masa kena interview dulu.  Just in case. 
............................................................................................
The Day of The Interview
............................................................................................

Hari interview, aku sampai on-time Hehe. Tunang tolong hantarkan. Since aku dah tahu tempat dan selok belok bangunan. So, aku sampai 30 minutes before. Sampai-sampai je rupanya dah ada candidates lain. Ingat aku paling awal. Syok sendiri sangat iols. Kahkah.

Macam biasalah, aku dah dapat agak candidates lain macam mana. Study overseas, dah kerja,dari Singapore, dari Filipina. Ya ya whatever*kata hati yang menikus. Walaupun insecure, kau jangan tunjuk kau insecure. Aku punya tahap control insecure tu sampai candidates lain ingat aku ni dah kerja bertahun padahal the truth aku hanyalah budak hingusan fresh graduate yang ternak lemak dekat rumah. Kehkeh.

Pukul 9.00 pagi, we ols kene panggil masuk conference room. Masuklah En Lokman merangkap our recruiter. Like before in Part 1, En. Lokman explain about Schlumberger. Kan aku cakap Slb tak cakap ada self-presentation kan dalam itinerary macam previous interview dulu? well, guess what? En.Lokman suruh kitaorang make a speech sebijik macam yang aku dah prepare! Alhamdullilah, nasib baik lah aku dah bertempias air liur praktis mende alah ni. Maka lancar lah aku berkata-kata.

Second session would be the Group Activity!

Okay. second activity ni sebijik macam Part 1 punya interview. It just that the material untuk buat bridge tu dia bagi lain.

Dia bagi,

Straw 20 batang
Seletep
Kertas

The rules of the game is exactly the same! Nampak tak Schlumberger punya interview is more or less the same. 

Last session, of all the candidates, dia pilih sorang je for the next round. Yes. Sorang. Bukan aku okay? Kalau tak, takde masa aku nak buat post ni. Kompem aku sebok duk atas platform. Semua terbeliak mata sebab before ni dorang qualify about 10 people for the next round. Hehe. Betul lah ekonomi oil and gas sekarang sangat down. 

Have you heard the rumors about them fired 6000 of their employees? Well, the rumour is true. 






Friday 21 August 2015

Interview with Schlumberger (Slb) - Part 1

Assalamualaikum! Hai!

Before all of you think that I am some sort of Field Engineer/Trainee in Schlumberger, the answer is sadly deeply NO. But, I have experienced being interviewed by Schlumberger TWICE. Satu untuk internship, satu untuk kerja. Tapi dua- dua tak dapat. Kahkah. So here is the story Part 1.

First Interview (Internship)

Untuk first interview, aku apply untuk jadi Field Engineer Trainee sebab masa tu tengah pulun cari tempat internship. Pada yang nak apply internship Schlumberger, please visit https://careers.slb.com/. Masa tu apply je, dapat ke tidak kemudian baru fikir. Yang penting usaha itu ada. 

Tiba- tiba after 2 months , I got a call from Mr.Kuga, Schlumberger saying it was a phone interview. Masa ni, sesiapa yang suka silent phone macam aku sangatlah rasa macam nak bagi penampar kat diri sendiri. Because we never know when the companies would call. So make sure to always stick to your phone and alert. Nasib baik masa tu tak silent. At that time, Mr.Kuga tanya 3 soalan;

1. What am I currently doing? 
Maksudnya dia nak tahu whether kita dah kerja atau belum. Tengah study atau dah habis. So aku jawab still studying at UiTM blablabla Chemical Engineering blablabla 6th Semester blablabla. 

2. Position apa yang u apply kat website Slb?
Untuk orang yang macam aku dan Dory dalam cerita nemo, which is ada Short Term Memory Lost (STML), memang kau tak akan ingat punya apa yang kau apply 2 bulan lepas. So bila dia tanya soalan ni, aku jawab general, Trainee Engineer. Better than clarifying that u did not remember. 

3. What do you know about Schlumberger?
Hamek kau soalan dia, mana lah kau nak ingat dengan detail apa yang Schlumberger  buat. So, aku jawab tergagap gagap secara general jugak. Aku jawab Schlumberger is a multi-national oil and gas company. Tu je. Very general. Kahkah. Lantak lah asal aku jawab.

Lepas tanya soalan-soalan tu, baru dia cakap nak panggil interview pada hari sekian sekian. Then he will shoot an email to me about the details of  the interview.


Nerves tak yah kira lah. Kalau kira, tak terhitung nilai dia. Aku dapat interview invitation on 7th March 2014... Interview pulak 13th March. So I have about 5 days to prepare for the interview. Dalam email tu, dia ade include the agenda of interview.


Aku nasihatkan bila dah dapat interview invitation macam ni, wajibul ghunnah untuk korang bukak website Slb dan study pasal Slb sedalam- dalamnya. Study macam kau masa SPM dulu. So bila kau baca, baru kau tahu, Slb punya interview ada 4 stages. Hamek kau! This screening session that I got was the first stage. Company besar gedabak kot, of course bukan senang dapat masuk. 

On that day of the interview, aku dan kawan baik aku (Afif) which also got the same opportunity as me sampai lambat 15 minit but we are still on time. Sebabnya? Waze buat problem dan jammed. T.T. So we grabbed a taxi instead to go there. Masa tu, aku dan Afif bertolak pukul 6 pagi kalau tak silap. Still lambat. Jalan Key-El tak boleh nak expect. 

Anyways, sampai je kat situ ada ramai lagi candidates about 15 people lah kot. Tak ingat. Haha. I told ya I have STML = =". Nasib baik dorang tak start lagi interview. Candidates yang lain seriously nampak berkaliber gila, ada yang study kat overseas, fluent gila tahap gaban english. Insecure hakak kat situ.*menangis dalam hati

Then kami kena panggil masuk dalam meeting room. 

Jeng Jeng Jeng. This is it. The nerve-wrecking moment!

After a while, masuklah En. Shahrizal Ismail which is our recruiter. Nasib baik En.Shahrizal sangatlah sempoi sembang macam kita lepak dekat kedai mamak. Hilang semua nerves.
As being written in the agenda;

1. Introduction to Slb

En. Shahrizal pun explain to us about Schlumberger through slides. Actually masa ni, make sure kau dah buat research pasal Slb. Kiranya apa yang En. Shahrizal terang masa tu kau paham dan dah tahu pun. So, muka kau dia tengok paling acah konfiden lah!  Paling baik kalau sambil dia terang, kau prepare soalan nak tanya at the end of the session. This is just to make yourself shine than others and to be remembered. Bear in mind, recruiter Slb bukan kerja HR je. Dorang memang mostly ada background engineering dan pernah kerja offshore.

2. Self Introduction by Candidates (3 mins max)


Masa ni make sure kau dah hafal script and practice depan cermin supaya tak exceed 3 min. Lebih dari 3 minit memang dia akan suruh kau STOP. So memang betul betul kena practice. The speech should include self-introduction, 3 major strength and weaknesses and why do u want to work with Schlumberger. Aku dan Afif memang dah praktis. So Alhamdulillah masa tu kami punya presentation lancar dan tak exceed 3 minutes. Yeay for us!

Masa self-presentation ni, baru kau tahu background candidates lain and to our surprise... SEMUA DAH KERJA. Krik Krik Krik.Yeap, semua dah kerja and currently working. Aku dan Afif macam pelik sebab ktorang apply untuk internship. Lepas tanya, rupanya Slb sengaja buat interview internship dengan job sekaligus. Yang mintak intern masa tu aku dengan Afif je. So kena lawan Afif la ni Hahaha.

3. Group Activity

For the group activity, kami semua dibahagikan ke beberapa kumpulan. Kumpulan ni dorang dah tetapkan awal-awal lagi. So aku dapat Group 5 tak silap. Satu group aku ada 3 orang. The rest of the group ada 4-5 people. Group aku je 3 orang.  Then, En Shahrizal gave a task.

Dia bagi setiap kumpulan;
Lidi
Seletep
Kertas A4


Then dia pun explain yang kitorang kene build a bridge using all the items and kalau kita pakai the items in a huge amount, mark will be deducted. The objective of the bridge is that it should be able to make a toy car with certain amount of weight to cross the bridge successfully without collapsing. So we have to really design the bridge using limited items for the bridge to withstand the weight of the car. Dia bagi masa 30 minutes je.

10 minutes to discuss and sketch the designed bridge. 20 minutes to design the bridge. There is of course a trick behind the game. Kalau design korang ade beza dari design sketch, markah akan ditolak. Dia ada bagi jugak certain measurements that we have to follow. So 20 minutes lah group aku ni pulun buat jambatan supaya tak falling down macam london bridge. Eh.

Masa discuss and build the bridge, make sure korang tunjukkan contribution korang dalam group tu and to be really participate. Kalau boleh, kau control situation and also the group. Act like a leader. Tapi jangan pulak kau sorang nak take over , gila kuasa. Hehe. Sebab masa tu En Shahrizal akan perhati je sorang sorang and judge. Dalam group aku, teruslah masing-masing nak jadi leader. Kene step up hokay, kalau tak kau tenggelam tak timbul timbul. Sadis.

Lepas cukup 20 minutes, semua kena stop. Then dia akan datang bawak kereta mainan lepas tu uji jambatan korang group by group. Alhamdulillah, group aku menyerlah sebab ktorang pakai 2 lidi je untuk buat base jambatan. Ehem. Idea aku. *flip tudung. Walaupun pakai 2 lidi je, nasib baik jambatan ktorang tak runtuh siap kereta tu boleh pergi balik. :D Group lain ada yang lepas , ada jugak yang runtuh. Hehehe

Ingatkan dah selesai dah azab, rupa-rupanya;

"Next, I will call every group to do a presentation about your bridge. So,Group No.1 first. The rest of the group please wait outside"
Group by group dia panggil, and muka sorang2 lepas keluar presentation semua pucat. Nervous oi! Untuk presentation, ktorang sepakat agih-agihkan tugas nak explain. Aku explain pasal structural of the bridge, yang lain amek design and safety. Turn group aku, bawak model jambatan dan kami pun pot pet pot pet explain pasal bridge. Lepas tu, En. Shahrizal tanya dua soalan;

1. If you have the chance, which part of the bridge that you want to change?

Sorang sorang jawab. Aku cakap bridge dah okay tapi kalau untuk penambahbaikan, I suggest that the base should be wider sebab nak lagi stabil. Then dia pun cakap, actually in Schlumberger, as long as you nailed all the requirements that your client asked, it should be good. Tak payah ubah BUT we can suggest few things to the Client. In this case, Petronas is one their clients. 

2. Pick one candidate to be fired. It can be yourself or anyone in your group.

Actually ni soalan perangkap. Kalau kau pilih diri kau to be fired instead of others,automatically kau tak terpilih for the next round. So, bear in your mind to answer anyone else than yourself. I did chose another group member at that time just because I feel like she is the weakest. Honestly, memang lah rasa tak sampai hati. But you have to stand up for yourself. Be strong and be mean sometimes for your own good. 

4. Wrap-Up & Announcement of Shortlisted Candidates


Lepas dah presentation, dorang panggil balik semua group then make announcement siapa yang shortlisted to the next round. Next round would be a one to one interview with En.Shahrizal. Lepas dah umumkan ada 7 orang yang shortlisted including me and Afif. We are really happy! Tapi since kitorang assigned for internship, next round kitorang tak payah join. He said that Slb will put our names in the list for interns and call us afterwards. 

So, kitorang pun balik dengan gembiranya dengan sengeh tak lekang macam orang gila. Tiba-tiba dah sebulan. Tiba-tiba dah 2 bulan. Still takde khabar berita. So call Mr.Kuga about the internship, dia kata Slb tengah busy sekarang, nanti dia akan tanya En.Shahrizal semula. Tup tup after 3months dapat email cakap yang internship dah closed for 2014 punya. 

Sedih but I tried to look at it on the bright side. Atleast dapat experience interview Slb. Hehe

Hence Part 2, dapat interview untuk job position pulak. Muehehe. Nampak tak? Nampak tak yang percaturan Allah itu terbaik? Ada hikmah semuanya. 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar.Rahman)