Wednesday 20 February 2019

Pengalaman Bersalin Hospital Serdang : Anak Pertama

Assalamualaikum!

I dah decide lama dah nak buat entri pasal pengalaman bersalin. Tapi anak iols dah setahun lebeh baru nak buat wakakakaka~ Takpe lah asalkan ada untuk bacaan sendiri. Walaupun setahun lebih dah berlalu, tapi ingatan bersalin tetap tak akan pernah lupa.

11/10/2017 (EDD SEBENAR)

Tarikh EDD (Expected Delivery Date) adalah 11/10/2017. Tapi masa ni satu habuk pun tak ada tanda nak bersalin. Setakat Braxton Hicks Contraction dan perut kerap mengeras tu adalah. Tapi bila timing contraction dekat handphone mesti timing tak cantik i.e. irregular. Nurse KK check kedudukan kepala baby dah engage dekat laluan tapi dia syok duduk dalam perut mommy dia lagi. Hehe. 

Nurse suruh serah diri ke hospital pada 16/10/2017 (5 hari lewat dari EDD). Sementara nak tunggu 16hb tu, berharap sangat tak induce. Hari hari minum air jus nenas, buat squat, jalan itik, jalan banyak banyak tapi sikit pun takde tanda nak bersalin or contraction. Hahahahaa~ 

16/10/2017 (SERAH DIRI HOSPITAL)

Tarikh KK bagi untuk serah diri pagi pagi lagi bersiap untuk ke Hospital Serdang. Masa tu suami, ibu, nenek dengan adik adik I semua ikot. Sampai sampai je PAC (Ruang menunggu wad bersalin), bagi buku pink dan surat KK, dia cakap KATIL PENUH dan suruh tunggu doctor panggil. Kita dah risau dah takde katil. Tapi sebab takde pengalaman dan takde tanda nak bersalin, kita pun decide nak tunggu. 

Tunggu punya tunggu dekat sejam jugak la kot baru doc panggil untuk buat assessment. 

1st : Check Temperature, Blood Pressure and Weight
2nd : Check Urine 
3rd : Check CTG (20 minutes)
4th : Check Bukaan 

Check bukaan ni yang takut. Sebab tak pernah experience. Tapi kita ikot je petua yang kita baca which is kena relaks dan tahan nafas. Alhamdulillah, tak sakit langsung. 

Doc cakap  "Takde bukaan"

Aku macam terkejut dan sedih. 8 hari lewat EDD tapi still takde bukaan. Huhu. Doc suruh tunggu untuk dia bincang dengan superior dia on my case on whether or not I should be admitted. 

After that, they decided yang aku patut balik rumah dulu then datang balik on 19/10/2017 (8 hari lewat EDD) untuk admit then 20/10/2017 (9 hari lewat EDD) untuk induce for labour. Sebabnya polisi dorang untuk tunggu patient 9 days lewat EDD baru boleh go for labour. 

19/10/2017 (Hari Serah Diri 2nd Time)

Subuh tu masa nak kencing aku terkejut nampak banyak darah dekat seluar dalam. Macam darah period. Rupanya aku bloody show (turun darah). Salah satu tanda bersalin. Aku happy gila tapi neves at the same time. 

Kebetulan sangat hari yang sama Doc suruh admitted, kita kena bloody show. Alhamdulillah~ Tapi contraction ke apa still takde. Berdoa sangat akan ada bukaan masa Doc check nanti sebab taknak induce. Huhu

Sampai je hospital, still KATIL PENUH. Tapi nurse tu kata insyaAllah malam nanti ada katil kosong. So kita pun okay lah. Kita akan lalui assesment yang sama macam sebelum ni, then bila Doc check bukaan. Doc kata " Dah ada bukaan 2 cm. Kalau dah bukak 3 cm tak perlu induce. "

Ruang Assesment

Yes! Alhamdulillah~ Doc suruh admit. Dia pasangkan Branula dan suruh tukar pakai baju wad bersalin warna Pink. 

TAPIIIIII! 

Katil STILL PENUH. Doc suruh tunggu kat sofa ruangan menunggu. Pergi je situ mak aihhh. Penuh dengan mak mak yang senasib menunggu katil. Nurse kata insyaAllah malam ni ada katil. Aku pun tunggu lah. Dari petang ke malam, still TAKDE KATIL. Sakit gila pinggang aku tak dapat nak baring. Asyik duduk berjam jam dan ke hulu ke hilir berjalan. Aku tak tidur okay. Sobs

20/11/2017

12.00 am - masuk 20/11/2017 still takde katil.

Masa ni lah contraction aku sakit sangat. Mencucuk cucuk. Aku  buat timing setiap 10 minit dia datang sampaikan ada nurse cakap nak check bukaan sebab dia tengok aku sakit sangat. 

Pukul 1.00 am, dia check tapi still 2 cm. Dia offer nak tolong cepatkan proses bukaan...punya sakit gila nak mampus! macam kena sula pun ada. Dia ada tanya, ada tak minum air selusuh ke air zam zam or air yasin ke.. Aku baru teringat aku minum air zam zam dekat sebotol. Oh my god. 

Lepas kena 'sula' tu , terus sakit gila contraction sampaikan aku ingat lagi aku nangis teresak esak sambil berdiri dekat tengah tengah laluan ruang menunggu tu. Sadis~ Sakit sebab contraction dan sakit badan dan lenguh sebab tak dapat nak baring dan tidur :'(

Pukul 10 pagi - Still takde katil then baru nurse panggil untuk check bukaan. "Bukaan dah 3cm. Tak perlu induce. Kalau ada katil kosong, kita hantar pergi wad sementara tunggu labor room kosong ye then kita pecahkan ketuban"

Tanya nurse bila boleh dapat katil, nurse kata lepas Zohor. Okay. Kita tunggu lagi lepas Zohor. Tapi still takde katil. Aku rasa aku macam orang gila dah. Punya tak tahan aku mintak dekat nurse Ubat Tahan Sakit. Nurse suggest tak perlu sebab aku dah 3 cm. Sadis lagi ~

Family aku dah bising dekat PAC, nak mintak tukarkan aku ke Hospital lain tapi aku malas sebab kali ni nurse janji nak bagi katil lepas Maghrib. Now bila aku fikir balik kenapa lah aku tak pergi je hospital lain kalau tahu katil penuh. Aiyoooo~

Pukul 7 pm - Nurse check bukaan still 3 cm. Dah bukak 4 cm baru dia nak pecahkan ketuban.

Pukul 7.30 pm - Alhamdulillah dapat katil dekat wad (katil 20 Wad 5f). Nyaman gila rasa! aku siap tido terus hahahahahaha~ Contraction pun eh tetiba jadi mild je. 

Malam tu Doctor round ward then sampai kat tempat aku, dia pesan dia nak check bukaan masa Subuh. Kesian sangat laki aku masa tu. Duk standby dekat PAC, duduk dalam kereta lah. Huhu.

Lepas tu, masa Subuh Doc check bukaan dah bukak 4 cm. Doc kata lepas aku breakfast dia akan check labor room kosong atau tak untuk hantar aku ke labor room. Aku dah excited dah ni. Sebab contraction aku makin lama makin kerap. Boleh dikatakan setiap 5 minit ada contraction tapi still boleh tahan.

Tapi lepas aku breakfast dorang still tak panggil aku pergi labor room. Aku risau sebenarnya. Takut baby berak dalam perut sebab dah lama sangat dah overdue. Dah 10 hari. CTG semua Alhamdulillah okay. Setiap jam tak silap nurse datang kejut check BP dan CTG.

Aku pun tanya nurse, labor room takde kosong lagi ke? Dia kata takde. Bila sampai je turn Doc pakar dekat katil aku. Terus dia marah nurse dan doc houseman sebab tak hantar aku pergi labor room lagi. Sebab aku ni kira case urgent gitu sebab baby dah lama dalam perut. Nurse kata dalam tengah hari hantar labor room.

Aku pun rilek pergi tido. Sekali kauuuuuu. Pukul 9 lebeh pagi, nurse kejut aku suruh siap2 pergi labor room. Aku tak prepare apa apa langsung. Aku tak pergi tandas dulu. Aku tak makan kenyang kenyang dulu. Nurse suruh cabut kain, pakaian dalam apa semua cabut then dia akan sorong kita naik wheelchair pergi labor room.

Nasib aku kelam kabut pon sempat capai handphone text laki aku suruh pergi labor room. Aku masuk labor room tepat jam 10 pagi.

Masa dalam labor room tu. Nurse pesan tak boleh minum dan makan dah. Nak pergi tandas pun tak boleh. Oh mai GOD. Aku ingat macam video matsalleh aku tengok dalam youtube. Boleh makan lah apa lah. Damn. Sumpah tak bersedia.. dan aku lapar dan haus gila. T.T

Tak lama kemudian, nurse dan doc datang untuk masukkan air, cucuk catheter (niii paling sakit nak mampos) dan pecahkan ketuban aku  . Muka doc macam kerut kerut camtu pastu dorang bincang sesama sendiri. Aku pun tak tau medical term kan. Aku tanya lah. "Kenapa doctor?" Doctor kata baby dah berak sikit dalam perut. Tapi aku tak perlu risau sebab baby baru berak sikit je. Aku terfikir kalau lah aku lambat sikit je dorang hantar pergi labor room tak tau lah apa jadi. Nauzubillah.

Lepas je Doc pecahkan ketuban.... datanglah sakit sebenar CONTRACTION!

Sakit dia macam pinggang kau ni kena gilis dengan lori treler angkut balak berkali kali. Aku macam orang gila, laki aku urut pinggang pun tak jalan. Pernafasan dan zikir zikir semua aku lupa. Aku duk tendang tendang hujung katil. Contraction aku jadi every 1 minute tapi bukaan lambat benor nak sampai 10 cm.

Gas entonox langsung tak membantu. Ada beberapa nurse masuk dia cakap dia kesian kat aku sebab graph contraction aku tinggi sangat melebihi line maximum gitu. Semoga Allah hapuskan dosa dosa aku seiring dengan sakit yang aku hadap. Ameen.

Nurse pun offer nak bagi aku ubat tahan sakit. Masa tu aku bukaan 5 cm tak silap. Disebab kan itu aku dapat lah tidur dalam sejam. Bila bangun, aku lawan contraction balik tapi bukaan still 6 cm.

Bila aku dah 7 cm... aku dah mula rasa nak meneran. Aku cakap dekat nurse yang aku rasa nak meneran. Tapi nurse suruh aku tahan sebab taknak aku koyak banyak dan luka dalam. Sejujurnya, sangat lah sakit menahan nak meneran campur contraction yang maha kuat. Tiap kali nak meneran aku kepit kaki aku sambil tendang hujung katil.

Bila dah 10 cm, happy sangat bila dapat push. Tapi sayangnya, aku dah penat. Dengan sakit badan sebab dekat 2 hari tak dapat katil, tak makan, tak minum, tak tidur cukup. Aku teran kuat pun kepala baby tersekat sampaikan heartbeat baby drop. Terus doc decide nak buat VACUUM procedure.

Sekali vacuum dan sekali push, lahirlah my bunga Dahlia Kaisara pada 21/20/2019 | 6.03 PM | <3

Doc letak sekejap je atas badan lepas tu suruh tengok girl or boy. Lepas tu terus bawak lari. Doc bagitahu my baby BERAT 3.80 KG dan TINGGI 54 CM okay! Doc kata "no wonder lah mak payah nak teran".

Alhamdulillah 3x.

Walaupun dah setahun lebeh berlalu, tapi aku still nak ucapkan terima kasih dekat Doc dan nurse2 Hospital Serdang huhu. Sebab tolong aku sorak sama sama masa bersalin. Doc baik sangat especially Doc yang jahit aku.. sebab dia kata dia jahit elok elok khas utk aku. Hehe. Nurse KK yang datang check kat rumah pun cakap dia jahit cantik sangat walaupun koyak banyak. Nasib baik masa jahit tu aku tak rasa sakit langsung sampai Doc pun pelik. Alhamdulillah.~

So tu je pengalaman aku. Yang baca sampai habis Tahniah! Maybe next entri aku akan cerita sambungan dia. Sambungan perit yang mana Dahlia ada sedikit complication. :')

xoxo







Tuesday 12 February 2019

HB LOW MASA MENGANDUNG?


Assalamualaikum!

I am so overwhelmed by all the responses that I got for my previous post dekat link bawah ni.


Ramai yang share experiences dan suruh doakan dimurahkan rezeki dapat baby. I doakan korang yang TTC dapat baby okay? Ameen! Dont give up and believe in ALLAH :')

Dan post tu dah lama gila. Tahun 2017. Wakakakaka~ Nampak sangat pemalas nak menaip kat blog.

Sekarang anak I dah 1 Tahun 4 Bulan (16 Months). Dah berjalan merata rata dan boleh bercakap 8-10 kosa kata. Kehkeh. Her name is Dahlia Kaisara <3. Banyak membebel mommy Dahlia ni. Soooo, back to the topic. Have you guys currenly experienced HB LOW masa pregnant?

If YES, then kita sama! Eventhough my experience was way back in 2017, when I was pregnant. I still felt that I should share with you guys the tips that worked really well for me to increase your HB.

Okay, soooo semuanya bermula on my 2nd checkup dekat KK. I buat buku pink masa Dahlia 3 bulan in my tummy. 1st time checkup memang semua cemerlang gemilang terbilang.. Semua tulisan biru.. HB masa 1st trimester 13 okayyy. TAPIIIII. Bila 2nd time pergi checkup at 4 months pregnant, HB turun pergi 11. Terus tulisan merah dan kena jumpa doctor afterwards. 

Doc pun explain complication yang akan kita hadap bila HB LOW. Other than akan selalu penat nauzubillah, kita jugak mudah mengantuk, then possibility untuk berlaku tumpah darah or baby meninggal dalam perut tu ada. Dah lah first pregnancy, lepas tu dengar pulak berita macam tu. I memang menangis minta maaf dekat Dahlia dalam perut. Sorry sebab tak jaga diri sendiri. Salahkan diri sendiri. Doc kata lepas ni kena makan ubat 3 serangkai or pil hemanitik nama lain dia. Checkup pun kena sebulan 2 kali. Alahaiiiii~

Doc pun ada explain tips nak naikkan HB melalui pemakanan. Antaranya kena makan:

1. Sayur hijau banyak especially bayam merah
2. Makan kerang tapi tak boleh kerap
3. Makan jambu batu
4. Makan dalaman macam hati ayam, hati lembu
5. Makan daging kambing (bukan selalu)
6. Minum susu kambing
7. Minum air limau nipis suam tanpa gula

And the list goes onnnnnn~

Semua I makan dan amalkan. TAPIIIII sadly HB tak naik naik. Bila checkup selalu 9-10 macam tu. Puas dah jumpa doc, puas dah nurse nasihat. Hihihi Lepas tu I ada cuba jugak makan set Shaklee tapi tak jadi pun.

Masa checkup 7 bulan kot, doc prescribed IBERET FOLIC gantikan pil hemanitik. Lepas makan 2 minggu pergi checkup terus naik pergi 11. Yes!!!! Akhirnya. Tapi tapi..doc suruh beli IBERET dekat luar je sebab harga mahal sikit so KK tak bagi FREE. kihkih. 

Walaupun makan IBERET, tapi HB naik sampai 11 lebih macam tu je lah. Nurse dan doc suruh naik sampai 13 jugak. Then one day, ternampak dekat FB testimoni minyak kelapa dara (MKD). So kita pun ajak husband pergi cari minyak kelapa dara (MKD) dekat kedai kosmetik dan herba. Kita try jenama Terlajak Laris dengan D'aura.

ALHAMDULILLAH

Lepas amalkan dua kali sehari minum MKD, HB terus naik 13 gitu. I pun terkejut sampai doc dengan nurse pun tanya makan apa. hehe. Syukur sangat walaupun baru jumpa solution masa 3rd TRIMESTER. hahahahahhahaha. 

Anyways~ what is good for me might not be good for you. Macam produk Shaklee, ada jugak yang serasi. Cuma memang tak berkesan untuk I. Yang nak cuba minum MKD, boleh try! I xjual tau. Ni bagi tips ikhlas dari hati <3

Apa pun  memang kita kena usaha try and error di samping makan ubat IBERET dan jaga pemakanan okay? Semoga selamat mengandung dan bersalin semuaaa.

Wassalam! xoxo