Wednesday 17 April 2019

Cara dan Urusan Beli Rumah Pertama

Assalamualaikum

Alhamdullillah. Dulu pernah bercita cita nak ada rumah sendiri sebelum umur 30 tahun. Memang dah set goal macam tu. Kalau ada rezeki nak rumah landed. Biar lah rumah tak besar mana, asalkan atas tanah. Kalau rezeki lebih lah. Kalau tak dapat, rumah high rise pun jadi asalkan ada bumbung untuk berteduh dan kalau keluarkan duit pun, untuk rumah sendiri bukan rumah orang lain. Akhirnya niat termakbul. Alhamdulillah. 

So masa lepas saya bersalinkan Dahlia, kami laki bini dah start house hunting. At first saja suka suka, tak plan langsung nak deal terus. Ada lah approach agent hartanah 4-5 orang mintak details semua. Satu hari tu, December 2017 husband ajak pergi showroom dekat Alam Perdana.  Dahlia baru dua bulan masa tu. Dengan anak kami angkut pergi showroom. 

Husband berkenan sangat dgn double storey terrace house tu. Aku kalau ikutkan tak berkenan sangat sebab dapur dia kecik . hahahahahah. Tapi entah macam mana boleh deal nak rumah tu dan siap pilih unit rumah depan taman permainan. Aku pun was was tapi go with the flow je lah. Rumah gated and guarded dengan facilities.

So sekarang dah 2019, rumah dah nak siap dah. Tinggal masuk api air, jalan dengan landscape/facilities  je lah. Mungkin hujung tahun ni dapat kunci atau awal tahun depan 2020. So , nak tulis pengalaman uruskan beli rumah pertama dekat sini takut lupa.

Urusan Beli Rumah Pertama Kami

1. Booking Fee

Masa kami deal dengan developer, lepas dah pilih unit rumah, developer akan mintak kita bayar booking fee secepatnya sebab nak lock unit. Takut nanti unit yang kita pilih tu orang lain amek. Masa ni kita bayar booking fee sebanyak RM2000. Booking fee ni akan ditolak dari 10% deposit rumah. Tapi kami beruntung deposit ktorang bayar RM4500 je sebab dapat 10% rebate downpayment and 7% rebate bumiputera. Baki RM2500, ktorang bayar lepas dah lulus loan. Lepas bayar booking fee, developer akan bagi kita Letter of Offer (LO) untuk kita sign. 

2. Apply Loan Rumah

Second step kena apply loan pulak. Masa ni developer ada bagi contact orang orang bank yang dorang kenal. Senang kerja terus direct call bank bank ni untuk apply loan. Sediakan dokumen yang cukup je. Antara bank yang ktorang apply, CIMB, Maybank, RHB dan BSN. Tapi RHB dgn BSN lambat bagi jawapan. CIMB dengan Maybank sekejap je tahu loan lulus. Dua dua bank bagi percentage sama. Tapi kami stick dengan CIMB sebab staff dia buat kerja laju. By the way, loan rumah tu ktorang includekan sekali dengan insuran rumah, stamp duty dan legal fees utk SPA (Sale and Purchase Agreement) dan loan. Senang kerja. Malas nak fikir sebab ktorang amek lawyer developer. 

3. Sign Bank Loan Offer dan Agreement

Lepas dah settle semua, kita sign pulak dokumen loan bank . Yang ni leceh sebab kena sign satu satu muka surat. Hahahah cramp tangan. Make sure baca baca sikit takut ada yang salah. 

4. SPA signed and stamping

Dokumen SPA ni lah paling penting sekali. Lepas kita dah sign document boleh tunggu pihak lawyer uruskan proses stamping pulak. Bila dah stamping baru lah dia akan bagi kita copy SPA yang dah sign dan stamping. 

5. Bayar Progressive Interest/Payment

Kalau nak tahu, kalau beli rumah under construction, kita kena bayar monthly progressive interest /payment tau. Progressive payment ni lah ramai xtahu dan menyebabkan ramai sangkut tak dan nak membayar. Macam kes kami, kami beli rumah December 2017, lepas setahun baru start kena bayar progressive payment iaitu start December 2018. Progressive payment ni tak tolak capital dan dia ikot berapa percent yang developer claim dari loan kita based on construction progress. Makin dekat dengan Vacant Posession(VP) makin naik lah Progressive Payment sampai lah dapat kunci baru kena bayar full macam monthly installment.

Ni contoh progress payment kami setakat ni (Rumah 450k)

Dec 2018 = RM 683 (30% progress)
Jan 2019 = RM 832 (40% progress)
Feb 2019 = RM 753 (40% progress)
Mar 2019 = RM834 (55% progress)
Apr 2019 = RM1163 (75% progress)

dan seterusnya akan meningkat sampai lah construction siap 100%. Boleh refer Schedule H untuk percentage of progress. 



Tugas kita penting masa ni sebab kita kena record semua benda. 

1. Kena record tarikh dan amount developer claim dari bank
2. Kena record tarikh dan amount yang bank disbursed ke developer
3. Kena record tarikh dan amount kita bayar Progressive Payment

Sebab apa kena record?

Sebab takut nanti masa nak amik kunci, developer/bank suruh kita bayar penalty sebab lambat bayar progressive payment atau bank lambat disbursed kan duit ke developer ikut masa yang diberi oleh developer. Padahal bukan salah kita, salah bank yang lambat bayar ke developer. Kan dah renyah? Tu penting kita simpan bukti semua. 

Tapi Alhamdulillah setakat ni CIMB pantas buat kerja disburse ni. Lepas seminggu developer claim terus disbursed. 

Macam mana nak track record?

Developer dan bank akan hantar surat ke alamat yang kita bagi dorang. Segala claim dari developer, disburst notice dan progressive payment notice dari bank semua kita akan dapat. So kena selalu check mailbox. 

Tapi zaman dah maju , selain dari surat dari bank untuk tahu berapa amount yang kita kena bayar, kita boleh jugak tahu ikot online banking. Contoh macam kami, CIMBClicks. Dia dah siap record data segala transaction disburse untuk akaun loan housing kita. Yang total due amount tu, adalah amount progressive payment yang kena byr bulan ni. Bulan depan dia akan tunjuk amount lain pulak. 





Tu je lah kot setakat ni. Nanti bila dah capai milestone baru rumah kami, iols update lagi ye. 

xoxo





Monday 15 April 2019

Pengalaman dan Tips Anak Sembelit

Assalamualaikum

Sape yang tak risau bila anak tiba tiba sembelit. Dahlia (my precious daughter) start sembelit masa umur dia 9 bulan sampai lah 1 tahun 5 bulan. Boleh kira tak lama mana? Dekat 8 bulan. Saya cerita dari mula ye.

Dahlia fully breastfeed sampai umur 2 bulan je. Lepas 2 bulan, dah start campur dengan susu FM. Masa ni kita bagi susu Enfalac. Memang bagus sangat. Hari hari berak. Tapi makin lama Dahlia macam kerap sakit selsema dan berkahak. So baca baca, antara punca maybe sebab susu dah kurang serasi. Dahlia minum Enfalac sampai umur 6 Bulan. Then kami decide nak tukar susu Anmum pulak. Anmum pun okay je ia minum, berak hari hari. Najis normal. Sampai lah masuk 9 bulan, Dahlia tiba tiba sembelit. Walaupun dah cairkan sukatan susu pun still najis keras.

Pening sangat masa ni. Duk fikir kenapa lah Dahlia sembelit padahal pemakanan dan water intake dia macam biasa. Takde yang alergik. In fact Dahlia baby yg sangat suka minum air masak. Buah makan hari hari. Sayur pun hari hari. Segala mak nenek tips kita dah try. Bagi makan prune lah, jus prune, buah plum, buah betik. Terbaca tips yang amal kan 4P bila anak sembelit - Prune, Papaya, Pear dan Plum. Tapi tak berhasil jugak. Sedih sangat sebab tiap kali nak berak, Dahlia terus kepit kaki menangis tahan berak.

Sumber: Google
Setiap kali nampak dia macam nak berak, cepat cepat amek dia urut perut dan bukak kaki dia taknak bagi dia kepit. Lagi dia tahan berak. Lagi keras najis dia. Nak taknak kena kebalkan hati dengar dia menangis. Lepas berak pulak kadang kadang mesti ada secalit darah. Risau sampai dua kali bawak jumpa doctor. Doctor kata darah tu datang dari 'anal fissure' macam luka sikit dekat kawasan luar. Doctor nasihat letak Vaseline dekat permukaan dubur dan tukar susu jenama Frisolac.

Sakit kan? kesian Dahlia. Sumber: Google


Tapi bila try Frisolac hasil dia sama je. Then pergi second clinic. Doctor suggest Dahlia consume Novalac IT (Improve Transite) atau nama baru dia Easinova tak silap. Try sekali memang Dahlia berak cair banyaaaakkkkk sangat. Happy dah masa ni. Tetapi happy tu sekejap je bertahan. huhu. Lepas tu Dahlia macam imune dah. Berak keras semula. Dah try Dugro, Lactogen, Similac, NanPro, DutchBaby dan macam macam lah tapi tak berhasil jugak.

Ni susu Novalac IT/Easinova(nama baru). Sumber: Google

Banyak lah effort saya buat. Nasi dari white rice, tukar brown rice. Bagi dia jus prune diluted, bagi yogurt, bagi makan Lactul (Doc advised) tapi tak jalan jugak. Ada sekali tu pengasuh Dahlia terpaksa bagi dia Enema sebab tak tahan dengar dia meraung nak berak. Keluarlah jugak najis yang terperam berhari hari.

Enema. Tak advise bagi dekat anak. Sebab affect usus. Boleh google for more explanation

Lactul. Bagi ikut dose umur. 


Masuk umur setahun, saya try bagi Fernleaf Full Cream. Once dia start consume Fernleaf saya perasan najis dia kalau ikot Bristol Stool Chart dah tak nombor 1, dia jadi nombor 2. Lepas tu kalau dia nak berak, mesti dia tak nangis sangat dah. Lama lama dah faham routine berak dia macam mana. Dahlia maksimum tak berak 4 hari. Hari kelima tu mesti dia berak hari hari selama 3 hari. Lepas tu dia tak berak 4 hari, berak 3 hari dan begitu lah seterusnya.

Takpe lah asalkan dia tak nangis dan takde darah masa berak walaupun najis dia still consider as keras. Lepas tu saya ikhtiar pula beli balm Tasneem Naturel - Trub Baby Balm/Tummy Time. Saya sapu ikut urutan I LOVE YOU selepas mandi dan sebelum tidur masa salin pampers. Tiap kali sapu je, mesti Dahlia berak dalam tidur tanpa dia sedar. hahahahhahaha. (p/s: Boleh beli dgn Facebook Page Tasneem Naturel). Lepas urut, boleh buat senaman kayuh basikal dekat anak utk melancarkan pergerakan usus.

Urutan I LOVE YOU utk melancarkan pergerakan najis 

Membantu sangat sangat. Produk berasaskan Essential Oil.

Lega sangat sangat. At least Dahlia berak, itu yang penting. Tiba tiba satu hari tu , saya terdetik nak try semula jenama Enfa tapi kali ni saya beli Enfagrow sebab Dahlia dah 1 Tahun 5 Bulan. Alhamdulillah sangat sangat, lepas  minum Dahlia berak macam biasa. Kalau ikut Bristol Stool Chart, najis dia nombor 3 kadang kadang 4.

Penyelamat hehe

Mula mula Dahlia Type 1, lepas tu consume Fernleaf Type 2 dan 3. Lepas tu try Enfagrow terus Type 3 dan 4. Sumber: Google
Syukur sangat sangat walaupun agak kesal sebab kenapa lah tak try Enfagrow awal awal. kekekekeke~ Sekarang happy sebab dah lepas fasa hadap anak sembelit. So painful to watch. So conclusion nya, bila anak sembelit,

1. Trial and error macam macam jenis susu. Kena sabar banyak dan sabar duit banyak keluar. Hakhak~
2. Tukar diet anak(lebihkan buah buahan dan sayur especially 4P dan jauhkan BRAT(Banana, Rice, Apple, Toast). Tukar white rice-brown rice. Bagi makan oat. Makan yogurt/yakult.
3. Cairkan sukatan susu
4. Paksa anak berak, jangan bagi anak tahan berak. Sapu Vaseline dekat kawasan dubur setiap kali tukarkan pampers anak.
5. Elakkan pakai enema(bahaya dan tak elok)
6.  Bagi anak Lactul (tanya advise doctor)
7. Urut perut anak dengan balm baby/minyak secara teknik 'I LOVE YOU' dan senaman kayuh basikal.
8.Beri air secukupnya

Sekian itu sahaja

xoxo

Thursday 11 April 2019

Resepi Ayam Masak Thai

Assalamualaikum!

Penat tau hari hari fikir nak masak apa untuk family. Dilema mak mak sangat. Nak fikir bekal anak pegi rumah pengasuh lagi. Fikir bekal nak bawak pergi kerja lagi. Kita memang jarang beli makanan dekat luar kalau weekdays. Memang masak sebab nak jimat. Hampir hari hari bawak bekal breakfast dan lunch pergi office hehe~

Semalam kita masak Ayam Masak Thai. Memang simple sangat resepi ni. Sekejap je dah siap. Mai sini kita nak share resepi Ayam Masak Thai ni. 

Resepi Ayam Masak Thai



Bahan- Bahan

Ayam 8-10 ketul
Serbuk Kunyit
Bawang Putih 5 biji
Kunyit Hidup 2 inci
Halia 2 inci
Lada besar 7-10 biji (Nak pedas boleh letak cili padi sikit)
Air 2 gelas
Bawang Holand 1/2 (mayang)
Serai 2 batang (ketuk)
Daun limau purut 4-5 helai
Sos Tiram
Sos Ikan
Garam
Gula
Secukup Rasa

Cara-Cara

1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng ayam. Dah siap goreng letak tepi dulu


2. Blend bawang putih, kunyit hidup, lada besar, halia dengan dua gelas air


3. Tumiskan bawang holand yang dimayang dengan serai dan daun limau purut


4. Bila bawang dah naik bau dan keperangan , boleh campurkan bahan blend kita tadi. Biar masak sampai dia pecah minyak


5. Bila dah pecah minyak boleh letak sedikit sos tiram anggaran dalam 3 sudu besar dan sedikit sos ikan anggaran 3 sudu besar jugak

6. Letak gula , garam dan secukup rasa sikit. Masa ni boleh celup2 rasa ngam ke tak ngam rasa dia. Tambah mana yang tak cukup. 

7. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sebati. Siap!


Sedapnya makan dengan nasi panas panas. Kita tak buat pedas sebab anak makan sekali.:p Yang suka pedas tu boleh letak la cabai dua tiga biji. hahaha

Assalamualaikum xoxo.




Wednesday 3 April 2019

Solid Food..Bagi bubur kosong atau Puree?

Assalamualaikum

Terdetik pagi ni nak tulis pengalaman bagi anak Solid Food bila dah start 6 bulan. 

Persoalan masa tu. Nak bagi bubur kosong atau puree dulu? Pergi Klinik Kesihatan nurse nasihat suruh bubur kosong. Baca blog dan pengalaman elok bagi Puree sebab takut baby sembelit makan bubur kosong. 

Last last saya decide nak bagi bubur kosong dahulu. Kenapa?
1. Untuk elak baby jadi picky eater (susah makan)
2. Ikut nasihat nurse dan doctor yang lebih berpengalaman

Nak bagi solid food, kena make sure bg masa baby 6 bulan. Sebab usus baby belum matang lagi ye ibu ibu selagi belum 6 bulan. Baca banyak kes, baby nampak selalu lapar so letak nestum dalam susu lah. Baby 4 bulan dah bagi makan nasi lah. Ada jugak kes sebab kena paksa dgn mother in law/mak sendiri suruh bagi solid food awal. Big NO. Ini anak kita. Tanggungjawab kita. Kena fight for whats right. Kena ubah mentaliti " alah dulu anak aku bagi makan nestum, elok je". Tak kena, memang boleh cakap macam tu. Elok lah kita elak demi anak kita yang tersayang. Done #dakwah. 

Nak bagi anak Solid Food kena apply 4 Days Rule tau ibu ibu. 
Apa tu 4 Days Rule?
4 Days Rule adalah peraturan bagi baby makan benda yang sama untuk 4 hari. Fungsi dia untuk kita check kalau baby kita ada alergi atau tak. Contoh, bagi bubur kosong untuk 4 hari. Kita monitor tengok anak kita sembelit ke tak, rashes ke tak. Macam Dahlia dulu, bagi bubur kosong , dia lulus 4 Days Rule. Maksudnya dia boleh makan nasi. Next 4 days, saya cuba bagi Dahlia puree Epal. Tapi hari first makan, Dahlia dah sembelit. So, stop bagi makan Puree Epal. Try bagi makanan lain pulak for 4 days. Kita try perkenalkan satu satu makanan utk 4 hari. 

Kalau bubur kosong, since bubur kosong baby dah lulus 4 Days Rule. Next day boleh letak serbuk ikan bilis pulak. Tengok okay tak. Kalau lulus serbuk ikan bilis utk 4 hari, boleh buat bubur nasi + serbuk ikan bilis + brokoli pulak. Kita tengok dalam masa 4 hari okay tak makan brokoli. Macam tu lah jugak kalau nak letak ayam dalam bubur. Apply benda yang sama (4 Days Rule).

faham tak ibu ibu? hehe. Satu lagi kena apply rule ni.
NO SALT. NO SUGAR. NO SEASONING. NO MSG. Ni PENTING tau.

Ni saya sertakan gambar utk ibu ibu lebih faham. Ni jadual makan Dahlia saya buat. 



Bila bagi bubur kosong dahulu memang Dahlia tak picky eater langsung. Kuat makan. :D Alhamdulillah. 

Macam mana nak prepare bubur kosong/ Puree?

Bubur Kosong
1. Basuh beras dan sangai 
2. Lepas sangai, blend beras sampai hancur lepas tu simpan dalam bekas kedap udara
3. Bila nak masak, amek satu sudu/dua masak dengan air macam biasa lepas tu tapis atau blend lagi nak bagi smooth. Bubur nasi mula mula bagi ni kena cair cair je. 
4. Untuk bubur ni tak dinasihatkan utk frozen kan. Sebab nanti tekstur dia jadi tak elok. 

Puree
Contoh: Brokoli
1. Basuh bersih brokoli
2. Stim brokoli dan blend dgn sedikit air atau susu ibu lepas tu tapis.
3. Simpan puree yang ditapis dalam ice cube tray bertutup dan simpan dlm freezer. Bila bila nak campur puree brokoli dalam bubur, keluarkan je 1 atau 2 cube, campurkan dalam bubur yang dimasak. Senang. 

Contoh: Kurma
1. Basuh kurma
2. Buang kulit dan biji kurma
3. Blend dgn sedikit air/susu BM, tapis
4. Simpan Puree dalam ice tray. 

Utk intro Protein cth: Ayam, saya siap siap dah cincang isi ayam letak dalam bekas kecik kecik. Senang nanti nak masak bubur ayam + sayur. Saya just masak bubur, keluarkan 1 bekas ayam, puree sayur dan serbuk ikan bilis. Lepas bubur dah masak, boleh blend sampai hancur dan tapis. 

Bila anak dah menginjak 9-10 bulan, boleh start tak payah tapis dan blend kasar dah bubur. Bagi ada tekstur sikit untuk sensory dia. 

Beli kat Mr DIY je. Credit to Mr DIY and Google
Utk blend makanan baby, saya tak beli food processor baby sebab kita pakai sekejap je hehe. Saya beli hand blender jenama KHIND. Tahan sampai sekarang. Bila baby dah besar, tak pakai dah hand blender ni, saya buat pakai utk blend benda lain pulak. 
credit Google/KHIND

Harap ibu ibu boleh dapat manfaat dari nukilan iols ni. Hehe

Assalamualaikum
xoxo