Wednesday, 17 April 2019

Cara dan Urusan Beli Rumah Pertama

Assalamualaikum

Alhamdullillah. Dulu pernah bercita cita nak ada rumah sendiri sebelum umur 30 tahun. Memang dah set goal macam tu. Kalau ada rezeki nak rumah landed. Biar lah rumah tak besar mana, asalkan atas tanah. Kalau rezeki lebih lah. Kalau tak dapat, rumah high rise pun jadi asalkan ada bumbung untuk berteduh dan kalau keluarkan duit pun, untuk rumah sendiri bukan rumah orang lain. Akhirnya niat termakbul. Alhamdulillah. 

So masa lepas saya bersalinkan Dahlia, kami laki bini dah start house hunting. At first saja suka suka, tak plan langsung nak deal terus. Ada lah approach agent hartanah 4-5 orang mintak details semua. Satu hari tu, December 2017 husband ajak pergi showroom dekat Alam Perdana.  Dahlia baru dua bulan masa tu. Dengan anak kami angkut pergi showroom. 

Husband berkenan sangat dgn double storey terrace house tu. Aku kalau ikutkan tak berkenan sangat sebab dapur dia kecik . hahahahahah. Tapi entah macam mana boleh deal nak rumah tu dan siap pilih unit rumah depan taman permainan. Aku pun was was tapi go with the flow je lah. Rumah gated and guarded dengan facilities.

So sekarang dah 2019, rumah dah nak siap dah. Tinggal masuk api air, jalan dengan landscape/facilities  je lah. Mungkin hujung tahun ni dapat kunci atau awal tahun depan 2020. So , nak tulis pengalaman uruskan beli rumah pertama dekat sini takut lupa.

Urusan Beli Rumah Pertama Kami

1. Booking Fee

Masa kami deal dengan developer, lepas dah pilih unit rumah, developer akan mintak kita bayar booking fee secepatnya sebab nak lock unit. Takut nanti unit yang kita pilih tu orang lain amek. Masa ni kita bayar booking fee sebanyak RM2000. Booking fee ni akan ditolak dari 10% deposit rumah. Tapi kami beruntung deposit ktorang bayar RM4500 je sebab dapat 10% rebate downpayment and 7% rebate bumiputera. Baki RM2500, ktorang bayar lepas dah lulus loan. Lepas bayar booking fee, developer akan bagi kita Letter of Offer (LO) untuk kita sign. 

2. Apply Loan Rumah

Second step kena apply loan pulak. Masa ni developer ada bagi contact orang orang bank yang dorang kenal. Senang kerja terus direct call bank bank ni untuk apply loan. Sediakan dokumen yang cukup je. Antara bank yang ktorang apply, CIMB, Maybank, RHB dan BSN. Tapi RHB dgn BSN lambat bagi jawapan. CIMB dengan Maybank sekejap je tahu loan lulus. Dua dua bank bagi percentage sama. Tapi kami stick dengan CIMB sebab staff dia buat kerja laju. By the way, loan rumah tu ktorang includekan sekali dengan insuran rumah, stamp duty dan legal fees utk SPA (Sale and Purchase Agreement) dan loan. Senang kerja. Malas nak fikir sebab ktorang amek lawyer developer. 

3. Sign Bank Loan Offer dan Agreement

Lepas dah settle semua, kita sign pulak dokumen loan bank . Yang ni leceh sebab kena sign satu satu muka surat. Hahahah cramp tangan. Make sure baca baca sikit takut ada yang salah. 

4. SPA signed and stamping

Dokumen SPA ni lah paling penting sekali. Lepas kita dah sign document boleh tunggu pihak lawyer uruskan proses stamping pulak. Bila dah stamping baru lah dia akan bagi kita copy SPA yang dah sign dan stamping. 

5. Bayar Progressive Interest/Payment

Kalau nak tahu, kalau beli rumah under construction, kita kena bayar monthly progressive interest /payment tau. Progressive payment ni lah ramai xtahu dan menyebabkan ramai sangkut tak dan nak membayar. Macam kes kami, kami beli rumah December 2017, lepas setahun baru start kena bayar progressive payment iaitu start December 2018. Progressive payment ni tak tolak capital dan dia ikot berapa percent yang developer claim dari loan kita based on construction progress. Makin dekat dengan Vacant Posession(VP) makin naik lah Progressive Payment sampai lah dapat kunci baru kena bayar full macam monthly installment.

Ni contoh progress payment kami setakat ni (Rumah 450k)

Dec 2018 = RM 683 (30% progress)
Jan 2019 = RM 832 (40% progress)
Feb 2019 = RM 753 (40% progress)
Mar 2019 = RM834 (55% progress)
Apr 2019 = RM1163 (75% progress)

dan seterusnya akan meningkat sampai lah construction siap 100%. Boleh refer Schedule H untuk percentage of progress. 



Tugas kita penting masa ni sebab kita kena record semua benda. 

1. Kena record tarikh dan amount developer claim dari bank
2. Kena record tarikh dan amount yang bank disbursed ke developer
3. Kena record tarikh dan amount kita bayar Progressive Payment

Sebab apa kena record?

Sebab takut nanti masa nak amik kunci, developer/bank suruh kita bayar penalty sebab lambat bayar progressive payment atau bank lambat disbursed kan duit ke developer ikut masa yang diberi oleh developer. Padahal bukan salah kita, salah bank yang lambat bayar ke developer. Kan dah renyah? Tu penting kita simpan bukti semua. 

Tapi Alhamdulillah setakat ni CIMB pantas buat kerja disburse ni. Lepas seminggu developer claim terus disbursed. 

Macam mana nak track record?

Developer dan bank akan hantar surat ke alamat yang kita bagi dorang. Segala claim dari developer, disburst notice dan progressive payment notice dari bank semua kita akan dapat. So kena selalu check mailbox. 

Tapi zaman dah maju , selain dari surat dari bank untuk tahu berapa amount yang kita kena bayar, kita boleh jugak tahu ikot online banking. Contoh macam kami, CIMBClicks. Dia dah siap record data segala transaction disburse untuk akaun loan housing kita. Yang total due amount tu, adalah amount progressive payment yang kena byr bulan ni. Bulan depan dia akan tunjuk amount lain pulak. 





Tu je lah kot setakat ni. Nanti bila dah capai milestone baru rumah kami, iols update lagi ye. 

xoxo





4 comments:

  1. Ape maksud progressive payment xtolak capital?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya yang kita bayar progressive payment tu hanyalah kita bayar interest dekat pihak bank sahaja. Tak tolak nilai wang yang kita pinjam dari bank.

      Delete
    2. Nak tanya. Contoh kita buat 100% loan dengan bank RM300k untuk rumah tu. Interest rate 2.99% jadi yang progressive interest kita bayar tu adalah untuk interest 2.99% itu ke?

      Delete
  2. Hi kak.. Saya nak beli projek glomac juga..loan under process. Tapi biasa saving dia nak tengok 10% dlm account bank kita. Atau 10% itu termasuk epf 2nd account dan bank account kak.. Tq

    ReplyDelete