Tuesday 18 July 2017

Pengalaman Masa Mula - Mula Tahu Mengandung

Assalamualaikum!

Alhamdulillah ~ Alhamdulillah ~ Alhamdulillah

Masa tengah taip ni , baby tak berhenti tendang perut mommy dia. Kadang dia tendang pergh ngilu dan senak adeyh. Tapi mommy dia bahagia sebab tu tanda baby sihat. InsyaAllah~

Sekarang pejam celik dah 7 bulan dah kandungan. Syukur sangat sangat dapat merasa segala morning sickness, tendang , abdominal cramp, kaki cramp dan sebagainya. Bahagia! Itu lah perasaan seorang ibu :') Aku dah lama nak coretkan dalam blog ni pengalaman masa mula mula tahu mengandung. Senang nanti buat bacaan di hari tua. :p

We got married on 29th October 2016. Pada mulanya we both tak plan pun untuk ada anak terus. Maksudnya takde lah berusaha sehabis mungkin. Masa tu, kalau ada, adalah. Padahal acid folic makan before kahwin lagi :D penting tau folic acid! Better makan 3 months before married dan continue sampai mengandung. Anyways, back to the story............................... 

Bila dah sebulan kahwin, otak aku ni duk fikir pasal anak je. kahkah~ Tiba tiba macam eh tak sabarnya nak ada anak!!! I dont know kenapa tiba tiba boleh berubah pemikiran. Naluri keibuan mungkin.  Bincang dengan husband, dia tak kisah , dia lagi suka. Maka bermula lah episod mencuba dan mencuba dan mencuba dan mencuba lagi . HAHA. 

Everytime bila tengok Period Calendar, I was hoping yang aku tak datang period. Untuk bulan November , December dan Januari semuanya datang period. Bila otak kita terlampau nak mengandung, habis semua simptom macam sakit ari ari, sakit belakang, loya, demam semua buat kita fikir ada chance mengandung tau. Memberi sejuta harapan sangat. 

Masa bulan Januari lagi tak boleh blah punya kecewa tahap cipan. Sebabnya aku ada keluar brown spotting dua minggu sebelum tarikh due period. Bila google, possibility spotting tu adalah "implantation bleeding". Lagi lah eksaited! tapi hampeh jugak. Berbatang UPT (Urine Pregnancy Test) beli tapi semuanya negatif. Lepas tu period pun muncul dengan senyuman. Tapi peliknya period 2 hari je. Hmmmm~

Setiap kali period, aku nangis sambil mengadu kat husband. Husband kata takpe, takde rezeki lagi. Kita cuba lagi. Husband kata aku tak boleh stress. Aku pun redha dan pasrah dengan takdir. Sobs. 

So masuk bulan Februari berdoa sangat jangan lah period datang. Masa ni mood swing memang tak boleh blah. Scroll facebook dapat tahu kawan yang kawen sama or lambat dari aku dah pregnant, aku menangis T.T Menangis memang menangis yang tersedu sedan. HAHA. Lepas tu ada je suami buat semua tak kena. Rasa nak sentap, annoying dan marah.

Then weekend masa tu, my family ajak pergi tengok wayang Wolverine dekat IOI City Mall, Putrajaya. Masa lepas tengok wayang, pergi lah solat kami anak beranak dekat surau IOI. Dalam surau tu, ada seorang baby lelaki comel sangat sangat menangis tak berhenti sambil dijaga oleh abang dia yang macam tak tahu nak buat apa nak bagi adik dia diam. Yelah abang dia pun budak budak lagi. Masa tu aku fikir " Mesti mak dia tengah solat ni atau tunggu ambil wuduk".

Bergilir gilir orang try nak tenangkan baby tu dari menangis termasuklah ibu aku. Habis je aku solat, aku tetiba offer nak tenangkan baby tu. Aku pun dukung dodoi dodoi baby tu yang tengah menangis teresak esak. Tiba tiba baby tu macam tenang sikit tapi still menangis cuma tak sekuat tadi. Saat tu lah datang mak baby tu ambil baby tu dari aku. Betul lah tekaan aku. Mak dia tengah queue amek wuduk memandangkan line queue memang panjang.

Masa tu terdetik tiba tiba dalam hati aku. Aku berdoa. "Ya Allah, jika betul aku mengandung, kau berikan lah aku petunjuk" sebab masa tu rasa keibuan sangat dengan baby tu. Sebak~

Keluar je dari surau. Aku sakit ari ari sangat. Sakit ngilu yang aku tak pernah rasa dalam 30 saat macam tu sampai susah nak berjalan. Aku pun terfikir ni ke petunjuk Allah. Aku malas nak fikir sebab taknak kecewa. Aku fikir esok hari due period aku. So , baik aku tunggu je esok period ke tak. Balik rumah , eh ada lagi brown spotting macam bulan lepas. Aku kecewa sebab yakin mesti esok period.

Keesokannya, tunggu punya tunggu period tak datang jugak.  Tapi takpe lah sebab ada jugak kadang kadang aku terlewat beberapa hari. Cakap kat suami, "abang, sayang tak period lagi lah rini". Husband cakap kita tengok esok macam mana.

Esok pagi isnin bangun nak pergi kerja. Memandangkan hari tu aku kena pergi site duty so bertolak lambat sikit lah dari biasa. Husband aku pulak memang pergi kerja lambat sebab dia bukan office based.

Period tak datang datang lagi ni aku fikir. Masa nak mandi, aku pun amek sebatang UPT senyap senyap angkut dalam bilik air. Taknak bagitau husband hehe. Aku pun kencing dan buat test lepas tu tanpa tengok result terus aku letak UPT tu ke tepi sebab nak berdoa dulu " Tolong lah ya Allah bagi aku mengandung" . Kahkahkah~

Dan hasilnya....jeng jeng jeng



Terus nampak double line yang terang! Subhanallah! Aku macam tak percaya terus berlari keluar tandas panggil suami pastu tunjuk UPT tu kat dia.Muka dia macam blur sebab baru bangun tidur. Hahahahaahhahah.

" Abang, double line!!!" balik balik tu je aku cakap. Pastu aku cakap lagi "Kita nak jadi mak bapak dah" sambil nangis aku cakap camtu sebab rasa happy sangat. Tapi muka husband macam tercengang tak percaya. Dia takut UPT tu yang salah :D

Aku pun try lagi sekali UPT lain, test2 double line jugak. Weeeeeee~ Tapi husband still takut nak percaya sebab dia tak nak sedih nanti. Poor my hubbiey. So balik dari kerja ajak dia pergi klinik untuk scan. Kalau kira2 kandungan aku masa tu dah 4 weeks 1 day.

Kami pergi scan Klinik Sofea Puchong. Scan 2D RM50 but sadly doctor godek2 my belly tak jumpa kantung. Doctor cakap awal lagi dan suruh datang balik repeat scan masa 3 minggu lagi . Lagi lah husband aku taknak berharap. So balik dari klinik tu dia beli UPT clearblue yang mahal punya. :D

Result dia??? Still double line Alhamdulillah! Aku yakin sangat aku pregnant. Bila dah 7 weeks 5 days , pergi repeat scan kat klinik Sofea. Dan Alhamdulillah, kantung baby dan janin dah nampak :')


Nampak tak kantung dengan janin? :') So adorable. Masa scan ni baby dah ada jantung. First time dengar heartbeat baby masa tu. Laju gila!!!  Terharu sangatttttt T.T Tahan air mata je ktorang. Subhanallah, nikmat manakah yang engkau dustakan.

Baby D,  tak sabar nak peluk cium permata hati mommy dan daddy.

For those yang trying to conceive, saya seikhlas hati berdoa semoga Allah kurniakan zuriat buat kalian. Ameen. Please pray for my baby and me safety!!!

May Allah ease our journey!

xoxo, mommy tiyana







Tuesday 4 July 2017

SENARAI COMPANY ENGINEERING/ OIL AND GAS

Assalamualaikum w.b.t


Kalau boleh scroll email I berduyun fresh grads mintak senarai list engineering company yang I ada. Sejujurnya I pun sampai tak sempat nak reply satu satu :D

Dah lama pending nak buat post ni, hari ni baru free sikit nak buat. 

So without further gibberish, pada yang nak senarai company tu boleh click link di bawah.

I hope that it helps walaupun sedikit. 

Kalau list tu tak membantu, please use other channel as well macam jobstreet, MauKerja.MY, Mudah.my, linked in dan lain - lain yang I pernah bincangkan before this. Yang penting jangan putus asa dan JANGAN MEMILIH. 

Always know berapa limit nak letak gaji dan make sure that your resume is professional, updated and clean. 

Good Luck!