Tuesday 15 September 2015

Tips Cari Kerja Bagi Fresh Graduates/Pelajar Tahun Akhir

Assalamualaikum!

Part cari kerja memang susah! Especially untuk fresh graduates dan pelajar tahun akhir yang takde pengalaman langsung dalam bidang pekerjaan except pengalaman ciput internship. I believe that semua pelajar semester akhir kompem ada goal/motif sendiri untuk terus start kerja once dah habis belajar. 

Kompem kita ada dengar si polan bin nolan dah kene offer kerja padahal tak habis study lagi. Kita? Of course lah jeles. Jangan tipu. Hehehe sebab aku pun dulu macam tu awal tahun baru ni. Aku pun boleh dikatakan fresh graduate sebab kerja tak sampai setahun. So, aku nak share tips tips nak cari kerja. Lets get started!

1. Bila nak start apply kerja?

Masa kes aku dulu, aku apply kerja before final exam aku sambil sambil buat FYP. Kos aku chemical engineering, so ada dua FYPs. Sambil-sambil bertungkus lumus buat FYP sambil tu jugak aku apply kerja. Hence, aku nasihatkan korang apply kerja before exam lagi. Even though takde lagi final result yang official, just apply pakai current result dengan transcript dan explain dalam cover letter kita dijangka grad bila. Part resume/cover letter bagai , aku akan cover dalam next entry okay? hehe. 

2. Medium Cari Kerja

Haaaa. This part ada sorang budak tanya aku. So kat bawah ni aku nak listkan medium medium untuk cari kerja and which one is the best! 

JOBSTREET ------------>>>> WEBSITE JOBSTREET

Aku rasa jobstreet ramai dah tahu. Memang laman web yang famous untuk cari kerja. Aku start buat akaun ni lama dah, start masa nak cari internship dulu. Hehe. Make sure korang update and tulis betul betul detail pasal korang. Tapi aku tak nasihatkan fokus only kat jobstreet nak cari kerja. 

Sebab apa? Cari kerja kat jobstreet sangat sangat susah sebab competition ramai!!!Tak percaya korang try apply satu kerja then tengok berapa ramai yang apply jugak. Beratus weyh!!  2 3 4 ratus! Then korang akan dapat tahu yang apply kerja tu mostly fresh grad. So what makes you different than them? Serius cakap pointer does not really help kalau apply kat sini sebab too many competition. 

Lain lah kalau kau ada kelebihan lain macam sijil sijil kemahiran (engineering) like OSHA,T-BOSIET,NDT,AGT etc.By the way, aku apply jobstreet sampai 300 permohonan. yep. 300 tau application aku hantar dalam masa 3 bulan. Yang aku dapat interview? Dua je. Dua tu pun aku bersyukur sangat sangat. Tapi bila aku cakap macam ni, jangan lah pulak korang tak apply langsung kat sini. Hahaha. Kena ada effort jugak. Mana tahu ada rezeki. 


APPLY THRU POST/EMAIL/PHONE DIRECTLY TO COMPANY

Cara ni bagus. Nak tunggu kena panggil interview dengan jobstreet sempat lagi lah tanam anggur,epal bagai. So pakai cara ni insyaAllah dapat lah interview dengan syarat resume mantap, cover letter bagus. Korang google je random contoh macam;

Syarikat Oil & Gas Malaysia
Company Engineering
Company Palm Oil  dan lain - lain

Jumpa phone number company tu, cuba-cuba lah call tanya ada kerja kosong ke tak. Kalau jenis malu bertanya, cari email atau post. Email/post lah company tu apply untuk position apa. Jangan lupa attach relevant documents macam resume,transcript. Kalau xtahu company tu ada kerja kosong jawatan apa, korang tulislah nak apply kerja untuk any related job to engineering or whatsoever the course you took. Untuk sesiapa yang nak list companies related to engineering. Please do email me at fhdiyana@gmail.com. Aku ada list-list company seluruh Malaysia. InsyaAllah membantu. Hehe.


Update: I dah download link for those yang nak list companies dekat post ni 

HANTAR RESUME BY HAND


Yang ni pun bagus! Aku dulu apply kerja malas nak buat menda ni. Hahaha. Tapi kawan kawan ada ramai jugak buat cara ni. Korang tengok kawasan perindustrian kat mana-mana yang banyak company or kilang. Pergilah merendek pegi ke satu satu company hantar resume attached with cover letter dgn transcript. Biasanya pak guard tak bagi masuk. Tapi kalau tak bagi masuk,boleh mintak pak guard bagi dekat HR. Kawan aku, ada yang dapat interview cara ni, 

MUDAH.MY -------->>> WEBSITE MUDAH


Jeng jeng jeng. Seriously ramai tak tahu boleh cari kerja pakai MUDAH. Aku pun tak tahu mula-mula. Then, tunang aku bagitahu pasal ni. Thanks to him that I got my current job. Company yang aku kerja sekarang ni iklankan vacancy kat MUDAH. Banyak lagi iklan kerja kat MUDAH. Dulu ingat MUDAH ni untuk cari rumah or kereta je. Hahaha. Ternyata salah anggapan aku. So bukak lah mudah.my cari kerja okay. Keje engineer pun hado.

MAUKERJA.MY ---------->>> WEBSITE MAUKERJA


Yang ni pun website cari kerja yang amat memudahkan. Actually aku find out pasal web ni thru twitter jurutera_MY. Bila bukak website ni memang best and easy to handle. Aku rasa website ni baru lagi atau aku yang ketinggalan zaman. Kahkah.

LINKED IN   -------------->>>WEBSITE LINKEDIN


Aku buat akaun linked in ni masa final semester. Ini pun sebab lecturer aku bagitahu. Linkedin ni dia macam facebook cuma dia untuk kerja. hehe. Sini bagus untuk build up connection dengan recruiter dan engineer yang lain. Masa aku buat akaun ni hampir semua recruiter aku jumpa aku add. Engineer pun aku add. Bukan apa, sebabnya dorang ni kadang kadang akan advertise vacancy kat sini.

Cara apply? kat setiap status vacancy, korang tulis je please look at my profile. Kalau dia bagi email, baru email directly. Aku pernah dapat offer internship pakai linkedin. Huhu. Tapi honest cakap, tak membantu sangat apply kat sini sebab punya lah beratus and beribu orang komen kat satu post vacancy. Hahahaha. Mati lah nak.

WALK IN INTERVIEW

Cara ni pun bagus! Memang chances nak dapat tu tinggi sikit lah compare dengan cara lain. Nak tahu bila walk in interview ni just search kat google or jobstreet. Biasanya mesti ada iklan punya. Kadang kadang universiti pun ada buat benda ni. 

NEWSPAPER THE STAR

Korban dan rajinkanlah diri beli surat khabar The Star every Sunday sebab memang akan ada kat iklan kat ruang kerja The Star. Aku pernah dapat tahu vacancy untuk Esso Mobile melalui The Star lah. 

JOB FAIR


Aku mula mula dulu dua tiga jugak job fair aku pergi masa tengah study. Sebenarnya, job fair ni tak membantu sangat bagi aku lah unless memang company tu cakap ada vacancy.

Basically, company yang join job fair ni just nak promote their company and also sebahagian dari projek comm plan dorang. Tapi jangan pulak tak pergi. Sebab ada jugak orang dapat panggilan interview sebab dia hantar resume kat Job Fair. Sikit lah peratusan dia. But you can try. At least boleh tahu company apa yang wujud. Kadang tak pernah dengar pun. 

Nak pergi make sure print resume,cover letter, transcript banyak banyak dalam minimum 30 set. Kepilkan elok elok and datang awal! Kalau tak berhimpitlah sebab ramai sangat manusia.

3. Usaha dan Tawakal

Lepas dah apply kerja semua. Jangan lah kita ni nak putus asa kalau takde company bagi response atau panggil interview. Just usaha lagi dan lagi. Jangan berhenti apply kerja. Rezeki masing masing lain. Bersabar, usaha dan tawakal. 

Aku dulu kawan kawan ramai dah dapat interview especially tunang aku. Aku kecewa tapi tak pernah putus asa. Aku balik kampung Januari (kampung lah sangat), start bulan 3 baru ada company panggil interview. So 2 bulan jugaklah takde company nak layan aku padahal pointer aku degree kelas pertama. Huhu. TAPI sebab tak putus asa, bulan 4 tiba tiba banyak interview dapat. 4 tak silap. Dia datang segumpal Allah bagi. Bulan 5 aku start kerja. Alhamdulillah.

Itu je lah kot aku rasa tips yang aku nak bagi. For those yang tengah job hunting. Good luck and do your best! Please do not hesitate to like and share! 

UPDATE:

For those yang apply kerja pakai jobstreet, advisable for you to sign up for priority application. Tak mahal. RM 45.00 sahaja and its really worth it. Tugas priority application is for your application to be stand out than the other applicants. Maksudnya employer would definitely review your resume. Guarantee! So try it! I have my own testimony. Good luck!

Credit to Google for the photos

Thursday 10 September 2015

Cara Apply CIDB Green Card

Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita pasal macam mana nak apply CIDB Green Card . Aku pernah dengar lah mende ni masa semester 8 dulu. Masa tu aku tahu ada dua jenis card. Satu Green Card satu lagi OGSP Card. 

Green Card ni sama je macam OGSP Card cuma OGSP ni untuk pergi offshore punya platform manakala Green Card ni untuk masuk site construction or plant onshore. Dua card ni  wajib and penting sebelum masuk site/platform. Dalam kes aku, kerja aku banyak melibatkan aku masuk keluar site construction, so company aku suruh aku buat jugak CIDB Green Card. 

Sebabnya? Sebab CIDB Green Card ni includes special insurance scheme kalau lah pape accident or death berlaku kat korang masa dalam atau kawasan site. Nauzubillah. Tapi its for your own safety lah. Satu lagi untuk elak kan company dari kena denda. Contoh kalaulah apa apa berlaku, tiba-tiba kau takde Green Card. Akibatnya, kau takde insurans nak cover then company kau pulak kena denda dengan CIDB. Sudah jatuh ditimpa tangga = ="

So kalau korang kerja company yang involve dengan plant atau site, please make sure company korang ada amalkan tak Green Card ni. Sebab ade company cikai gila sampai taknak tanggung kos pekerja nak buat Green Card. Padahal RM50 je per person untuk tempoh 2 tahun. Alhamdulillah, company aku memang suruh claim. 

Okay jom tengok cara apply! 

1. Apply Online

Untuk apply korang pergi ke laman web CIDB ------------>>> KLIK SINI

Then, korang click dekat kotak hijau yang tulis Green Card macam gambar kat bawah ni.


After that, korang akan find a page like this. So, all you have to do is click ' New Registration' at the sidebar shown in picture below. 


Bila dah click, akan keluar senarai kursus yang banyak gila. Semua kursus ni memang untuk buat Green Card. Senarai dia banyak sebab tarikh, pengendali kursus dengan tempat lain-lain. 


TAPI, aku nasihatkan korang cari tarikh untuk buat weekdays dengan tempat dekat Pusat Latihan CIDB/Akademi Kad Hijau terdekat. Sebab apa? sebab nanti mudahkan urusan pembayaran korang. Nanti aku explain. Jangan risau buat weekdays sebab biasa company akan bagi.


Lepas dah pilih tempat dan tarikh yang sesuai, korang click DAFTAR.

Lepas tu dia akan suruh korang isi your personal details semua. Masa isi details, ada satu ruang tu dia suruh korang pilih Kod Tred. Yang ni korang kena pilih based on company. Kalau aku, company aku Project Management Consultant (PMC), so aku pilih tred Pengurus Binaan Projek. Then bawah tu aku pilih Engineer sebab aku search Environmental Cum Process Engineer takde.

2. Taklimat CIDB 

Lepas dah siap apply online, korang tak payah tunggu email ke apa dari CIDB sebab tak akan ada. Masa aku dulu, cuak gila tak tahu slot yang kita daftar tu diluluskan ke tak. Kene bayar macam mana. Last-last gamble pergi pada tarikh dan tempat yang aku daftar. 

Alhamdulillah! HAHAHA. Sampai je nampak nama aku tertulis dekat pintu bilik syarahan CIDB tu. Lega aku. Masuk je dalam bilik latihan tu, aku tanya nak bayar kat mana? Dia cakap bayar lepas habis taklimat. Haha. Penat je aku bawak keluar duit awal awal. So,korang hadir je slot tu then dengar presentation dari Pagi sampai Petang. Aku pergi dengan tunang nasib baik time bulan puasa, so pukul 2 dah habis slot. Ngehngehngeh. Kalau tak, mengantuk lah jugak. Hehe. 

Lepas nak balik tu, baru lah dorang akan bagi slip hadir kursus. Then dia explain yang slip tu penting sebab masa nak bayar nanti korang kena bawak slip tu. 

Aku pun tanyalah. Kat mana nak bayar? Dia pun cakap lah kena bayar kat pejabat CIDB. Lepas 2 minggu kena collect pulak Green Card. Disebabkan aku amek slot masa weekend maka dengan ini pejabat CIDB TUTUP. So aku tak dapat nak bayar! Haaaa. sebab ini lah aku advise buat weekdays! Kalau tak, kena macam aku, ulang - alik pegi taklimat, then pergi semula untuk bayar then pergi lagi untuk amek kad. = =' Buang masa, petrol dengan tenaga kekdahnya!

3. Bayar CIDB

Aku buat hari ahad. So hari selasa aku pergi CIDB bayar yuran RM 50.00 (jangan lupa bawak slip). Then dia akan bagi new slip yang tertera tarikh amek kad (dalam 2 minggu lepas bayar).

4. Collect Green Card

Tadaaaaa! Ini lah Green Card.


Then lepas dapat kad korang boleh cek semula korang punya status permohonan kat CIDB.



Satu lagi aku nak advise, korang doa-doakan lah tak dapat sekali satu kelas dengan warga warga asing. Sebab banyak pekerja kontraktor kan warga asing. So dorang pun ada Green Card. Haha. Bukan apa, untuk mengelakkan ketidakselesaan korang masa taklimat (If you know what I mean). By the way, kalau korang company contractor, usually dorang yang akan prepare CIDB green card session. So, dorang just panggil pegawai CIDB datang company. Easy that way. 

Untuk pelajar semester akhir pun boleh buat Green Card awal-awal. Korang boleh panggil CIDB untuk datang kat Universiti/Kolej korang. Atleast, nanti dalam resume boleh letak dalam achievements dah ada Green Card. Kalau student pon kalau amek awal, korang boleh claim kat bakal company yang korang kerja. No worries. Okay itu sahaja. 


Interview with Schlumberger - Part 2

Assalamualaikum! Hye Hye!

Nak sambung cerita Interview dgn Schlumberger Part 2! Untuk Part 1 cerita pasal aku interview Internship dan untuk Part2 pulak aku nak cerita pasal Interview untuk Job Position in Schlumberger. Hehe. Okay jom!

Untuk Part 1, -------> KLIK SINI

So, aku apply for job position kat Schlumberger lepas aku habis Final Exam (February 2015). At that time , aku apply untuk Field Engineer . Cara nak apply kerja kat SLB please check it in Part 1. Hehe. Aku dah provide link. 

Masa bulan 3, aku balik Kuantan tanam anggur nak buat apa duduk Shah Alam lagi oi dah habis belajar! Kahkah. Masa aku tengah rilek tengok TV rancangan Say Yes to the Wedding Dress, masuk lah satu call. *jangan silent okay?. 

"Hi! Is this WFHD? I'm Nadia from Schlumberger. Do you have a moment?"

Tak macam masa aku hingusan dulu angkat call nerves, sekarang aku konfiden terlebih sebab happy finally ada company call aku setelah lama menganggur!

Actually Nadia tanya soalan yang sama macam Mr.Kuga tanya*please refer Part 1. Untuk kali ni, jawapan aku kat Nadia panjang berjela. Then Nadia pun cakap,

"U pernah interview dah kan before this? Thats why U ingat detail apa Schlumberger buat. Haha"

Dia gelak. Aku pun lagi kuat gelak. Kahkahkah. 

Lepas tu dia akan shoot email bagitahu bila dia akan call untuk interview. So I get this email along with the itinerary of the interview. 



FYI, aku dapat email ni 2nd March. So aku ada 3 hari lagi and that time aku kat Kuantan.Tak cukup tidur aku sebab nak prepare untuk interview. Its okay. The sacrifice is worth the time. Esok nya terus pegi KL. 


As you can see here, kali ni email dengan agenda Interview lain dengan masa Interview yang Part 1. Apa yang lain?

1. Dia tak state the position that I will be interviewed.
2. Dia tak mention any 3minutes self-presentation kat dalam itinerary.

So disebabkan dia tak mention untuk position apa, aku study je semua role job position yang ada kat Slb. Hahaha. Sebab tu aku tak cukup tidur. = =" Anyways, walaupun takde tulis ada self-presentation kat itinerary, aku tetap prepare speech tentang diri aku, weakness,strength dengan reason nak kerja dengan Schlumberger macam masa kena interview dulu.  Just in case. 
............................................................................................
The Day of The Interview
............................................................................................

Hari interview, aku sampai on-time Hehe. Tunang tolong hantarkan. Since aku dah tahu tempat dan selok belok bangunan. So, aku sampai 30 minutes before. Sampai-sampai je rupanya dah ada candidates lain. Ingat aku paling awal. Syok sendiri sangat iols. Kahkah.

Macam biasalah, aku dah dapat agak candidates lain macam mana. Study overseas, dah kerja,dari Singapore, dari Filipina. Ya ya whatever*kata hati yang menikus. Walaupun insecure, kau jangan tunjuk kau insecure. Aku punya tahap control insecure tu sampai candidates lain ingat aku ni dah kerja bertahun padahal the truth aku hanyalah budak hingusan fresh graduate yang ternak lemak dekat rumah. Kehkeh.

Pukul 9.00 pagi, we ols kene panggil masuk conference room. Masuklah En Lokman merangkap our recruiter. Like before in Part 1, En. Lokman explain about Schlumberger. Kan aku cakap Slb tak cakap ada self-presentation kan dalam itinerary macam previous interview dulu? well, guess what? En.Lokman suruh kitaorang make a speech sebijik macam yang aku dah prepare! Alhamdullilah, nasib baik lah aku dah bertempias air liur praktis mende alah ni. Maka lancar lah aku berkata-kata.

Second session would be the Group Activity!

Okay. second activity ni sebijik macam Part 1 punya interview. It just that the material untuk buat bridge tu dia bagi lain.

Dia bagi,

Straw 20 batang
Seletep
Kertas

The rules of the game is exactly the same! Nampak tak Schlumberger punya interview is more or less the same. 

Last session, of all the candidates, dia pilih sorang je for the next round. Yes. Sorang. Bukan aku okay? Kalau tak, takde masa aku nak buat post ni. Kompem aku sebok duk atas platform. Semua terbeliak mata sebab before ni dorang qualify about 10 people for the next round. Hehe. Betul lah ekonomi oil and gas sekarang sangat down. 

Have you heard the rumors about them fired 6000 of their employees? Well, the rumour is true.