Thursday 10 September 2015

Cara Apply CIDB Green Card

Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita pasal macam mana nak apply CIDB Green Card . Aku pernah dengar lah mende ni masa semester 8 dulu. Masa tu aku tahu ada dua jenis card. Satu Green Card satu lagi OGSP Card. 

Green Card ni sama je macam OGSP Card cuma OGSP ni untuk pergi offshore punya platform manakala Green Card ni untuk masuk site construction or plant onshore. Dua card ni  wajib and penting sebelum masuk site/platform. Dalam kes aku, kerja aku banyak melibatkan aku masuk keluar site construction, so company aku suruh aku buat jugak CIDB Green Card. 

Sebabnya? Sebab CIDB Green Card ni includes special insurance scheme kalau lah pape accident or death berlaku kat korang masa dalam atau kawasan site. Nauzubillah. Tapi its for your own safety lah. Satu lagi untuk elak kan company dari kena denda. Contoh kalaulah apa apa berlaku, tiba-tiba kau takde Green Card. Akibatnya, kau takde insurans nak cover then company kau pulak kena denda dengan CIDB. Sudah jatuh ditimpa tangga = ="

So kalau korang kerja company yang involve dengan plant atau site, please make sure company korang ada amalkan tak Green Card ni. Sebab ade company cikai gila sampai taknak tanggung kos pekerja nak buat Green Card. Padahal RM50 je per person untuk tempoh 2 tahun. Alhamdulillah, company aku memang suruh claim. 

Okay jom tengok cara apply! 

1. Apply Online

Untuk apply korang pergi ke laman web CIDB ------------>>> KLIK SINI

Then, korang click dekat kotak hijau yang tulis Green Card macam gambar kat bawah ni.


After that, korang akan find a page like this. So, all you have to do is click ' New Registration' at the sidebar shown in picture below. 


Bila dah click, akan keluar senarai kursus yang banyak gila. Semua kursus ni memang untuk buat Green Card. Senarai dia banyak sebab tarikh, pengendali kursus dengan tempat lain-lain. 


TAPI, aku nasihatkan korang cari tarikh untuk buat weekdays dengan tempat dekat Pusat Latihan CIDB/Akademi Kad Hijau terdekat. Sebab apa? sebab nanti mudahkan urusan pembayaran korang. Nanti aku explain. Jangan risau buat weekdays sebab biasa company akan bagi.


Lepas dah pilih tempat dan tarikh yang sesuai, korang click DAFTAR.

Lepas tu dia akan suruh korang isi your personal details semua. Masa isi details, ada satu ruang tu dia suruh korang pilih Kod Tred. Yang ni korang kena pilih based on company. Kalau aku, company aku Project Management Consultant (PMC), so aku pilih tred Pengurus Binaan Projek. Then bawah tu aku pilih Engineer sebab aku search Environmental Cum Process Engineer takde.

2. Taklimat CIDB 

Lepas dah siap apply online, korang tak payah tunggu email ke apa dari CIDB sebab tak akan ada. Masa aku dulu, cuak gila tak tahu slot yang kita daftar tu diluluskan ke tak. Kene bayar macam mana. Last-last gamble pergi pada tarikh dan tempat yang aku daftar. 

Alhamdulillah! HAHAHA. Sampai je nampak nama aku tertulis dekat pintu bilik syarahan CIDB tu. Lega aku. Masuk je dalam bilik latihan tu, aku tanya nak bayar kat mana? Dia cakap bayar lepas habis taklimat. Haha. Penat je aku bawak keluar duit awal awal. So,korang hadir je slot tu then dengar presentation dari Pagi sampai Petang. Aku pergi dengan tunang nasib baik time bulan puasa, so pukul 2 dah habis slot. Ngehngehngeh. Kalau tak, mengantuk lah jugak. Hehe. 

Lepas nak balik tu, baru lah dorang akan bagi slip hadir kursus. Then dia explain yang slip tu penting sebab masa nak bayar nanti korang kena bawak slip tu. 

Aku pun tanyalah. Kat mana nak bayar? Dia pun cakap lah kena bayar kat pejabat CIDB. Lepas 2 minggu kena collect pulak Green Card. Disebabkan aku amek slot masa weekend maka dengan ini pejabat CIDB TUTUP. So aku tak dapat nak bayar! Haaaa. sebab ini lah aku advise buat weekdays! Kalau tak, kena macam aku, ulang - alik pegi taklimat, then pergi semula untuk bayar then pergi lagi untuk amek kad. = =' Buang masa, petrol dengan tenaga kekdahnya!

3. Bayar CIDB

Aku buat hari ahad. So hari selasa aku pergi CIDB bayar yuran RM 50.00 (jangan lupa bawak slip). Then dia akan bagi new slip yang tertera tarikh amek kad (dalam 2 minggu lepas bayar).

4. Collect Green Card

Tadaaaaa! Ini lah Green Card.


Then lepas dapat kad korang boleh cek semula korang punya status permohonan kat CIDB.



Satu lagi aku nak advise, korang doa-doakan lah tak dapat sekali satu kelas dengan warga warga asing. Sebab banyak pekerja kontraktor kan warga asing. So dorang pun ada Green Card. Haha. Bukan apa, untuk mengelakkan ketidakselesaan korang masa taklimat (If you know what I mean). By the way, kalau korang company contractor, usually dorang yang akan prepare CIDB green card session. So, dorang just panggil pegawai CIDB datang company. Easy that way. 

Untuk pelajar semester akhir pun boleh buat Green Card awal-awal. Korang boleh panggil CIDB untuk datang kat Universiti/Kolej korang. Atleast, nanti dalam resume boleh letak dalam achievements dah ada Green Card. Kalau student pon kalau amek awal, korang boleh claim kat bakal company yang korang kerja. No worries. Okay itu sahaja. 


55 comments:

  1. salam , macam mne nak delete ipload photos kat dokumen sokongan??? help please

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKSUD AWK NK PADAM GMBAR YG AWK UPLOAD DLM ONLINE TU KE?

      Delete
    2. MKSUD AWK NK PADAM GMBAR YG AWK UPLOAD DLM ONLINE TU KE?

      Delete
    3. haah itu maksud dia. mcm mana ye?

      Delete
    4. SKRG XBOLEH PADAM HANAY PEGAWAI CIDB SAHAJA BOLEH PADAM.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Kalau mcm saya. Saya sudah ada ogsp card. Boleh tak kalau saya nak convert kepada cidb card?

    ReplyDelete
  3. DH DAFTAR KE?KLU BLOM DAFTAR MELALUI ONLINE YER.PASTIKAN GMBAR BACKGROUND BIRU,KAD OGSP DPN BELAKANG YG MASIH VALID,KAD PENGENALAN.PASTIKAN MAKLUMAT MAJIKAN TU BERDAFTAR DENGAN CIDB.

    ReplyDelete
  4. DH DAFTAR KE?KLU BLOM DAFTAR MELALUI ONLINE YER.PASTIKAN GMBAR BACKGROUND BIRU,KAD OGSP DPN BELAKANG YG MASIH VALID,KAD PENGENALAN.PASTIKAN MAKLUMAT MAJIKAN TU BERDAFTAR DENGAN CIDB.

    ReplyDelete
  5. PENANGGUHAN UNTUK PENGESYORAN OLEH CIDB? mcm mne ye,,,esok dah tarikh kursusnye,,,,ptotkah sy pergi sahaja kursus tu,,,please help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLAU DARI NIOSH CONVERT KE CIDB GREEN KAD.DAH ISI ONLINE JADI STATUS PENANGGUHAN PENGESYORAN.SILA DTG KE KAUNTER BERSAMA STATUS ONLINE TERSEBUT.SEKIRANYA BKN DRI NIOSH,ATTEND SAJA KELAS N HANTAR KE KAUNTER CIDB BERSERTA SIJIL KEHADIRAN UNTUK CIDB PROSES,

      Delete
  6. Salam..sy nk tnya...sy dah 2,3 kali daftar kursus..tapi nama sy xpernah ade dlam list...please help me

    ReplyDelete
  7. Sis, klau sy blm krje tp nak buat kad hijau cidb blh k?

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum semua.sy nk tnya ni.psl pdftrn personal binaan.diorg suh sy mohon kad hijau dlu scara online.mslhnye skrg ni,sy dh buat smua dlm panduan tu.nk tekan submit x bleh la.knapa ek?dia ckp sila muat naik dokumen yg diperlukan.sy dh chek smua nya dh lgkap.xde yg tgl.gmbr ukuran pasport sy dh upload.tekan submit x bleh.adehhhh.....ples help me.

    ReplyDelete
  9. salam... nak tukar kod tred macam mana yer?

    ReplyDelete
  10. salam sis kenapa saya nak daftar tapi tak jumpa page green card tu. ke cidb bru update website. please tolong saya sis.

    ReplyDelete
  11. Kalau xda kompany just nak green kad je boleh tak

    ReplyDelete
  12. Susah juga daftar CIDB ni. Call cidb xangkat2. saya haritu nasib baik dp no trainer dari website www.kursuscidb.com Trainer tu pulak rilek jer jwb mcm2 soalan. Tapi nak kena call dia lepas pukul 4 sebab biasanya dia ngajar kursus.

    ReplyDelete
  13. hi, lepas daftar boleh tukar tarikh lagi?

    ReplyDelete
  14. Hi..kenapa kod tred tu x boleh nk isi ye??bila nk dftar dy suruh masukkan kod tred...tp x boleh pun...

    ReplyDelete
  15. Macam mana nak tukar gambar pada renew cidb ?

    ReplyDelete
  16. can you give me, a new instruction because they has change the procedure off application

    ReplyDelete
  17. Salam....mcm ne nk ubgrade g3 kew g5

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. salam.... nak tanya, saya dah ada kad hijau tapi untuk pelatih binaan ... kalau saya nak tukar, perlu ke saya daftar dan pergi dengar smula taklimat

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Perlu bawa apa ye masa kursus tu?

    ReplyDelete
  22. Klu buat cidb sndri macam mana pula. I mean pergi sndri takda ikut mana2 kompeni..sbb saya takda kerja lagi so klu ada kad tu senang skit nak cari kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah pakai sistem baru. So tak tahu lah boleh lagi ke tak buat under individu. Time sistem lama boleh buat. Better pergi office cidb tu sendiri, then tanya.

      Delete
  23. Assalamualaikum.. maaf nak tanya tak dapat terus ye kad hijau selepas pergi kursus cidb tu?

    ReplyDelete
  24. saya nak tanya..kalau position sbg admin berkaitan syarikat site/bangunan/machine perlu tak buat kad hijau ni

    ReplyDelete
  25. salam saya nk tnya.. say dah dengar taklimat .. mcm mna nk dftar kad hijau sya student ..buat kat hijau untuk latihan industri . sapa2 boleh bantu sya ..

    ReplyDelete
  26. Boleh pergi ke laman web cidb and apply online.Esok sAya akan ke kursus ni.

    ReplyDelete
  27. assalamualaikumm. saya nak tanya, saya tudent yg tgh buat praktikal. boleh tahu mcm mana procedure isi borang dia.

    ReplyDelete
  28. Hai, macam mana nak tukarkan trend kad cidb dari genaral worker kepada lain?

    ReplyDelete
  29. Hai. Ade sesiape boleh tlg sy?? Kursus cidb da pergi tapi pengajur tu suruh kite isi sendiri borang online tu. Sy xfaham. Spe2 pandai boleh tlg ajarkan

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, sy nak tny..kalau saya wakilkan org untuk ambil kad cidb saya boleh ker? ada apa2 yang perlu dibawa?

    ReplyDelete
  31. Salam.. Saya nk mohon CIDB tapi xtahu nak buat ape dulu.. Mcm mna nk apply

    ReplyDelete
  32. Cidb card and kad pengenalan prkerja clab same or not

    ReplyDelete
  33. kalau nak senang boleh daftar terus di website www.kursuscidb.com . Diaorang dah mudahkan kat sana.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, sy dah pergi kursus td, weekend. Tp nk register untuk mohon kad tu, dia xleh nk proceed untuk bayaran. Dia mintak pemilik data pergi ke cidb cawangan. Adakah kerana terlalu awal untuk register card kerana baru dapat je slip kehadiran tu. Takot diorg xupdate lg dengan cidb

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum semua. Siapa yg memerlukan khidmat membuat kad hijau cidb, boleh hubungi saya di 019-6371567. Tk

    ReplyDelete
  36. Pm sy... Sy nk renew my workers greencard.... 0128196918

    ReplyDelete
  37. Sy kerja sebagai security bukan kerja kontrekter..
    Jd boleh ke kalau sy nk buat kad cidb mana tahu esok2 sy nak kerja bahagian kontrekter..boleh ke buat cidb

    ReplyDelete
  38. HI, nak tanya. Kalau kursus CIDB tu kita dah pergi tapi status dapat "penangguhan untuk pengesyoran oleh cidb" dan tak dapat green card. Boleh apply semula dengan sijil kursus yang sedia ada ke? TQ.

    ReplyDelete
  39. Hi, assalamualaikum. Saya nak tanya, saya pernah pergi kursus CIDB, dah lulus semua dan dh bayar. Tapi sy tak pernah amek lagi kad tu, dan kad tuu pun dah expired. kalau saya bukak web cidb, saya boleh buat untuk renew kad tak dan ambil kad cidb tersebut? TQ

    ReplyDelete
  40. Assalam sy nk tnya sy pelajar dh join class kursus cidb semuanya dh settle dh bayar smua tp sy xthumprint lepastu permohonan sy terbatal bila sy call pihak cidb deorg kta kena buat lain tp bila sy try buat xboleh sbb ic sy dh guna cmna nk settlekan bab tu please help me tarikh LI sy nk dekat dh

    ReplyDelete
  41. Nak tanya, kursus taklimat cidb sepanjang covid ni memang buat face to face jugak ke?

    ReplyDelete