Assalamualaikum
So settle cerita pasal pengalaman bersalin dekat SINI .
Sekarang nak story mory pasal pengalaman anak masuk NICU which is still the hardest moment for me as a MOTHER. Teringat je moment tu mesti hati rasa pedih sangat. Lagi pedih dari putus cinta.
So lepas bersalin tu, terus masuk ward la kan dan baby letak dalam cot dia tepi katil kita. First frustration that I had is SUSU TAK KELUAR. Susu langsung tak keluar setitik pun dan my baby selalu menangis tak henti. Apa yang boleh buat masa tu hanya bagi payudara kosong untuk dia latching. Sedih sangat bila kita tahu anak kita lapar dan dahaga tapi kita tak boleh buat apa selain urut dan doa. Takut sangat baby kena kuning. Nurse siap datang urut tapi still takde. Stress sangat sangat. Setiap masa aku nangis bila baby menangis.
Lepas tu nurse datang tanya, baby ada kencing dan berak tak? Yang aku perasan baby dah berak 2-3 kali tapi kencing tak pun. Aku dah start risau dengan susu takde.. pastu anak tak kencing lagi. Seharian baby tak menyusu. Nasib baik second day tu Nurse amek baby untuk bagi susu. Rasa sedih sangat sebab first susu dia minum bukan datang dari mak dia sendiri. Okay im cryinggggggg T.T So sedih...... Tapi its for your own good baby. Mommy sanggup as long as you are full.
Lepas nurse bagi susu tu baru lah dia tido nyenyak je. Tapi still baby tak kencing. So 23hb October lepas Nurse bagi susu pukul 3 pagi camtu. Nurse datang kata dia nak bawak baby pergi NICU sebab baby still tak kencing walaupun dah minum susu banyak.
Masa ni mental memang koyak. Dahlah sorang sorang dekat hospital, takde sape teman. Hadap lah nangis sorang sorang macam orang gila sebab anak takde kat sebelah. Risau sangat sebab anak tak kencing. Pagi tu, husband terus datang tengok baby dekat NICU. Sayu hati tengok husband hantar gambar tengah menyusu dengan syringe. Maafkan mommy sayang~ Aku tak leh turun tengok lagi sebab nurse suruh tunggu Doc round utk check for checkout.
Nurse tengah bagi minum susu dekat NICU |
Dalam lepas zohor camtu baru aku dapat tengok my baby. Masuk NICU, since kita ibu, kita dapat FREE PASS. Ikot kita nak masuk bila bila pun. Cuma ayah je kena datang waktu melawat sahaja. First time jumpa anak, terus menangis dekat situ jugak. Sedih tengok tangan kena cucuk sebab kena amek sample darah.
Muka kena cakar dengan kuku sendiri |
Ramai sangat baby dalam NICU.. macam macam sakit. Sedih sangat tengok. Ada 3-4 kes baby kena jangkitan kuman dekat paru paru sebab ramai orang cium cium baby. Alahai. Please dont kiss newborn ye kalau pergi melawat baby.
Kami jumpa doctor, doc kata tengok dekat scan, KIDNEY BABY BESAR SEBELAH dari normal size dan tengok blood test , KIDNEY kurang function. Dorang dah kencingkan baby pakai tube dan air kencing yang keluar tu pekat sangat. Allahu. Doc suggest nak masukkan air melalui tube dalam badan nak bagi kencing lagi dan run another blood test keesokan harinya. Doctor pesan, each time baby kencing, kumpulkan pampers untuk dorang timbang amount air kencing yg keluar. Sebab nak tahu air kencing yg keluar tu sama tak amount dengan air yang masuk.
Aku stay dekat wad NICU sebab dia ada sediakan hostel untuk mak mak baby NICU, ada katil, almari siap makanan free lagi. Alhamdulillah~ Hari keempat lepas bersalin, alhamdulillah masa aku pump , aku perasan ada setitik dua susu. Bersyukur sangat sangat terus aku bagi baby minum susu ibu buat pertama kali. T.T Walaupun sikit je susu aku yang keluar.
Nasib baik Dahlia tak de kuning. Dia sempat duduk bawah lampu biru tu setengah hari je. Itupun reading bilirubin dia mild je. Dahlia duduk dalam NICU dekat seminggu sebab keputusan blood test dia still tak memuaskan dan kencing pun tak banyak. Dalam sehari, ada la 3-4 kali kencing padahal dia minum susu banyak jugak.
Dekat nak seminggu, alhamdulillah result blood test dia cantik. Kidney dia functioning really well. Kencing pun kira okay lah although doctor actually nak dia kencing banyak lagi. Dapat lah baby Dahlia Kaisara checkout dan tengok dunia luar buat pertama kali :') Doc just suruh repeat appointment scan bulan 1 2018 tak silap. Dan result scan tu Alhamdulillah size kidney Dahlia dah back to normal size for both. Terima kasih Allah.
Nak ucap terima kasih dekat staff NICU Hospital Serdang sebab banyak tolong. Hanya Allah yg dapat balas.
xoxo, tiyana

Dahlia umur 4 hari |
xoxo, tiyana
No comments:
Post a Comment