Thursday 18 July 2019

Vaksin Tambahan : Vaksin Pneumococcal

Assalamualaikum!

How is your day today? Wishing you the best in every possible ways! So today nak share pasal vaksin pneumococcal. Mungkin ada yang masih tak tahu pasal vaksin pneumococcal ni. 

Vaksin pneumococcal ni kalau nak tahu adalah vaksin tambahan. Maksudnya hospital/klinik kerajaan tiada peruntukan untuk bagi vaksin ni. Jadi terpulang pada parents nak ambil untuk anak atau tidak dan kos vaksin adalah di bawah tanggungan parents. 

Penting ke vaksin Pneumococcal ni? Untuk apa?

Penting sangat sangat. Pernah dengar tak pasal penyakit pneumonia/pneumococcal? 

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).

Sumber: MYPortalHealth


Dulu honestly saya tak tahu menahu pon pasal vaksin tambahan ni. Dapat tahu pun masa Dahlia warded after birth. Masa dalam wad NICU tu ramai sangat sangat newborn yang kena sakit pneumonia. Batuk berkahak tak baik baik sampai kuman masuk paru paru. Ada kes kuman sampai pergi ke otak. Sedih sangat sangat. T.T Mostly cases berpunca dari kuman yang datang dari orang2 yang melawat baby, cium2 baby. So korang kalau nak melawat baby, please melawat masa tengah sihat and also please dont hold the baby apatah lagi cium baby. We may think we are healthy, but we never know the germs we carry. Nak lagi better please jangan melawat time dalam pantang. Nak melawat tunggu baby besar sikit okay?

Untuk saudara mara, parents boleh sediakan hand sanitizer dekat rumah siap2. This was what we did dulu. Husband belikan hand sanitizer siap2. Siapa yang datang lawat baby, WAJIB pakai hand sanitizer first. 

Okay berbalik pada tajuk. 

Lepas dari NICU tu terus I digged more about pneumonia disease ni. Then terjumpa pasal vaksin pneumococcal. So i memang tekad nak bagi Dahlia vaksin pneumococcal. Sebab takut sangat sangat dengan penyakit penyakit sekarang.

Vaksin Pneumococcal ada dua jenis. 
1. Synflorix - 10 Strain 
2. Prevenar - 13 Strain

Basically, Synflorix untuk lawan 10 jenis bakteria pneumococcus dan Prevenar untuk lawan 13 jenis bakteria Pneumococcus. Synflorix lagi murah compare to Prevenar. Ramai parents teragak agak nak amek vaksin Pneumococcal ni sebab harga dia consider mahal. Beratus. Tapi saya sanggup menabung kumpul duit nak amek vaksin ni. Huhuhu~ Anything for you Dahlia. 

Dahlia cucuk vaksin pneumococcal dekat Poliklinik Kesihatan UKM Bangi. Sebab out of places yang I pergi tanya harga, dekat sini paling murah!

Poliklinik UKM Bangi 

Prevenar-13
1 dos= rm260
2 dos = rm500
3 dos = rm730
4 dos = rm950
Synflorix
1 dos= rm190
2 dos = rm370
3 dos = rm530
4 dos = rm690

Bilangan dos adalah mengikut umur;

2 bulan ke 6 bulan = 4 dos
7 bulan ke 11 bulan = 3 dos
12 bulan ke 23 bulan = 2 dos
24 bulan ke 17 tahun = 1 dos

Murah sangat. Mostly klinik swasta harga dia RM230-RM250 per dose untuk Synflorix. Kalau nak cucuk hospital Kerajaan pun boleh. Hospital Serdang ada buat pneumoccocal jugak (walk-in) tapi harga RM250 jugak per dose. 

Dahlia ambil Pneumococcal vaksin Synflorix 3 dose RM530 sebab buat masa tu umur dia 7 Bulan. So saya bayar lump sum. Kalau nak bayar per trip pun boleh -RM190 per dose kalau Synflorix. 

3 dose ni berperingkat. So, 1st vaccine masa 7 Bulan. 2nd masa 9 Bulan dan 3rd(last) masa 12 Bulan. Kalau nak buat kat sini sila call dulu untuk appointment tau. 

Lepas cucuk tu Dahlia akan feverish sikit so make sure bagi anak makan ubat demam siap2. Kita perasan lepas je complete 3 dose cucuk ni, Dahlia dah jarang batuk selsema. Kalau kena pun mesti tak lama. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa jaga anak mommy ni.

Lepas ni saya aim nak bagi Dahlia vaksin tambahan Influenza A pulak. Or maybe Rotavirus. Nak kena menabung lagi. Kehkeh~

Akhir kata, to parents yang vaccine anak , Tahniah. Kepada yang skip2 vaccine bulanan anak, please go to KK untuk ambil vaccine yang tertinggal tu okay? Jangan sebab sikap kita yang terlalu percayakan kata kata dan research yang tak betul, anak kita yang terima padah. Bukan anak kita je. Anak orang lain pun kena tempias. Be wise okay? Allah kurniakan kita akal dan ilmu.

Also, kalau anak selsema or batuk or demam hari yang patut kita vaksin anak, please postpone sampai anak sihat :)

xoxo



2 comments: