Monday 15 April 2019

Pengalaman dan Tips Anak Sembelit

Assalamualaikum

Sape yang tak risau bila anak tiba tiba sembelit. Dahlia (my precious daughter) start sembelit masa umur dia 9 bulan sampai lah 1 tahun 5 bulan. Boleh kira tak lama mana? Dekat 8 bulan. Saya cerita dari mula ye.

Dahlia fully breastfeed sampai umur 2 bulan je. Lepas 2 bulan, dah start campur dengan susu FM. Masa ni kita bagi susu Enfalac. Memang bagus sangat. Hari hari berak. Tapi makin lama Dahlia macam kerap sakit selsema dan berkahak. So baca baca, antara punca maybe sebab susu dah kurang serasi. Dahlia minum Enfalac sampai umur 6 Bulan. Then kami decide nak tukar susu Anmum pulak. Anmum pun okay je ia minum, berak hari hari. Najis normal. Sampai lah masuk 9 bulan, Dahlia tiba tiba sembelit. Walaupun dah cairkan sukatan susu pun still najis keras.

Pening sangat masa ni. Duk fikir kenapa lah Dahlia sembelit padahal pemakanan dan water intake dia macam biasa. Takde yang alergik. In fact Dahlia baby yg sangat suka minum air masak. Buah makan hari hari. Sayur pun hari hari. Segala mak nenek tips kita dah try. Bagi makan prune lah, jus prune, buah plum, buah betik. Terbaca tips yang amal kan 4P bila anak sembelit - Prune, Papaya, Pear dan Plum. Tapi tak berhasil jugak. Sedih sangat sebab tiap kali nak berak, Dahlia terus kepit kaki menangis tahan berak.

Sumber: Google
Setiap kali nampak dia macam nak berak, cepat cepat amek dia urut perut dan bukak kaki dia taknak bagi dia kepit. Lagi dia tahan berak. Lagi keras najis dia. Nak taknak kena kebalkan hati dengar dia menangis. Lepas berak pulak kadang kadang mesti ada secalit darah. Risau sampai dua kali bawak jumpa doctor. Doctor kata darah tu datang dari 'anal fissure' macam luka sikit dekat kawasan luar. Doctor nasihat letak Vaseline dekat permukaan dubur dan tukar susu jenama Frisolac.

Sakit kan? kesian Dahlia. Sumber: Google


Tapi bila try Frisolac hasil dia sama je. Then pergi second clinic. Doctor suggest Dahlia consume Novalac IT (Improve Transite) atau nama baru dia Easinova tak silap. Try sekali memang Dahlia berak cair banyaaaakkkkk sangat. Happy dah masa ni. Tetapi happy tu sekejap je bertahan. huhu. Lepas tu Dahlia macam imune dah. Berak keras semula. Dah try Dugro, Lactogen, Similac, NanPro, DutchBaby dan macam macam lah tapi tak berhasil jugak.

Ni susu Novalac IT/Easinova(nama baru). Sumber: Google

Banyak lah effort saya buat. Nasi dari white rice, tukar brown rice. Bagi dia jus prune diluted, bagi yogurt, bagi makan Lactul (Doc advised) tapi tak jalan jugak. Ada sekali tu pengasuh Dahlia terpaksa bagi dia Enema sebab tak tahan dengar dia meraung nak berak. Keluarlah jugak najis yang terperam berhari hari.

Enema. Tak advise bagi dekat anak. Sebab affect usus. Boleh google for more explanation

Lactul. Bagi ikut dose umur. 


Masuk umur setahun, saya try bagi Fernleaf Full Cream. Once dia start consume Fernleaf saya perasan najis dia kalau ikot Bristol Stool Chart dah tak nombor 1, dia jadi nombor 2. Lepas tu kalau dia nak berak, mesti dia tak nangis sangat dah. Lama lama dah faham routine berak dia macam mana. Dahlia maksimum tak berak 4 hari. Hari kelima tu mesti dia berak hari hari selama 3 hari. Lepas tu dia tak berak 4 hari, berak 3 hari dan begitu lah seterusnya.

Takpe lah asalkan dia tak nangis dan takde darah masa berak walaupun najis dia still consider as keras. Lepas tu saya ikhtiar pula beli balm Tasneem Naturel - Trub Baby Balm/Tummy Time. Saya sapu ikut urutan I LOVE YOU selepas mandi dan sebelum tidur masa salin pampers. Tiap kali sapu je, mesti Dahlia berak dalam tidur tanpa dia sedar. hahahahhahaha. (p/s: Boleh beli dgn Facebook Page Tasneem Naturel). Lepas urut, boleh buat senaman kayuh basikal dekat anak utk melancarkan pergerakan usus.

Urutan I LOVE YOU utk melancarkan pergerakan najis 

Membantu sangat sangat. Produk berasaskan Essential Oil.

Lega sangat sangat. At least Dahlia berak, itu yang penting. Tiba tiba satu hari tu , saya terdetik nak try semula jenama Enfa tapi kali ni saya beli Enfagrow sebab Dahlia dah 1 Tahun 5 Bulan. Alhamdulillah sangat sangat, lepas  minum Dahlia berak macam biasa. Kalau ikut Bristol Stool Chart, najis dia nombor 3 kadang kadang 4.

Penyelamat hehe

Mula mula Dahlia Type 1, lepas tu consume Fernleaf Type 2 dan 3. Lepas tu try Enfagrow terus Type 3 dan 4. Sumber: Google
Syukur sangat sangat walaupun agak kesal sebab kenapa lah tak try Enfagrow awal awal. kekekekeke~ Sekarang happy sebab dah lepas fasa hadap anak sembelit. So painful to watch. So conclusion nya, bila anak sembelit,

1. Trial and error macam macam jenis susu. Kena sabar banyak dan sabar duit banyak keluar. Hakhak~
2. Tukar diet anak(lebihkan buah buahan dan sayur especially 4P dan jauhkan BRAT(Banana, Rice, Apple, Toast). Tukar white rice-brown rice. Bagi makan oat. Makan yogurt/yakult.
3. Cairkan sukatan susu
4. Paksa anak berak, jangan bagi anak tahan berak. Sapu Vaseline dekat kawasan dubur setiap kali tukarkan pampers anak.
5. Elakkan pakai enema(bahaya dan tak elok)
6.  Bagi anak Lactul (tanya advise doctor)
7. Urut perut anak dengan balm baby/minyak secara teknik 'I LOVE YOU' dan senaman kayuh basikal.
8.Beri air secukupnya

Sekian itu sahaja

xoxo

19 comments:

  1. Hai, Pn.Diana
    Saya puspah, sy ingin berterima kasih atas tips yg diberikan utk anak sembelit betul betul menolong aku utk mencari susu fm yg sesuai utk anak saya bermasalah cow milk allegy (CMPA), susah buang air besar dan echzima����membuat aku terlalu risau. Awalnya diberi anmum, tak jadi tukar dumex, dugro xjadi juga lactogrow, lacktogen, frisolac, pure milk xjadi juga
    Doc recomended bebelac extra care, sini pula ade bebelac biasaje! Xjumpa extra care....sampaila hari ini xjumpa fm yg sesuai utk anak saya. Boleh sy tanya, susu enfagrow ni dpt membantu anak sy ?

    ReplyDelete
  2. Ok...

    This might sound pretty weird, maybe even kind of "supernatural"

    HOW would you like it if you could just hit "Play" and listen to a short, "musical tone"...

    And INSTANTLY attract MORE MONEY to your LIFE???

    What I'm talking about is BIG MONEY, even MILLIONS of DOLLARS!!!

    Think it's too EASY??? Think this couldn't possibly be for REAL?

    Well, I'll be the one to tell you the news.

    Sometimes the greatest miracles life has to offer are also the SIMPLEST!!!

    In fact, I will provide you with PROOF by allowing you to listen to a REAL "magical money tone" I've produced...

    YOU just click "Play" and watch how money starts piling up around you.. starting pretty much right away..

    GO here to play the mysterious "Miracle Money-Magnet Sound Frequency" - it's my gift to you!!!

    ReplyDelete
  3. Sy pun tgah cari susu yg sesuai UTK ank llaki sy..bln ogus ni 2 th! Jgak mgalami sembelit!

    ReplyDelete
  4. Tq sis..situasi sy sama sejibik mcm cite sis ni😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, blh tahu, anak sis dah ok ke sembelit dia skrg? Die minum susu apa?

      Delete
  5. Anak saya pun sembelit, suka tahan berak hingga seminggu, kepit kaki, menangis, tak tau nk buat apa. tgh google pasal susu tepung. Sblm ni fully bf. Bulan depan, genap 2 tahun.

    ReplyDelete
  6. Sama macam anak saya sekarang ney..dah mcm2 susu tukar..dah bagi ubat semua pun tk jalan..now tgh cari susu novalacit ney..tq sgt puan...

    ReplyDelete
  7. Anak saya 1thn 4 bulan.. kerap sembelit, kurang makan... Suke makan biskut roti cmtu je.. skrg mnum susu s26gold step 3.. andai nak tukar susu yang mane sesuai ye

    ReplyDelete
  8. kesian tgk ank cm teran nk buang air besar...ank bru 3bln...ada tips x

    ReplyDelete
  9. Xfaham..susu ape yg lagi elok? Fernleaf me enfagrow?

    ReplyDelete
  10. Anak saya dari baby lg sembelit sampai sekarang ni 1 tahun 5 bulan. mcm awak jugak. tukar susu, ok kejap pastu jadi balik. dari similac (hospital bagi), karihome, nanHa, dutch baby, dupro, skrg saya pakai frisolac. lama jugak pakai ni dari 11 bulan smp skrg. ni jadi balik siap darah keluar. aduhai hati mak mana x sedih. saya try enfa pulak. lain baby kan bila dh serasi, dia sembelit balik. kene tukar susu balik ni.

    ReplyDelete
  11. enfalac sama tak dengan enfagrow?

    ReplyDelete
    Replies
    1. enfalac tu bwah setahun..enfagrow tu atas setahun..nama je lain sbb nak bezakan penggunaan ikut umur..

      Delete
  12. Slm..mcm ank sy die berak type no 4 tp still time nk berak die teran smbil nangis,so sy pon da mcm2 bg mcm awk jgk tp still die berak cmtu..die start berak cmtu since die mula mkn..sblom mula mkn mknan pejal die berak ok..so sy x slhkn susu sbb sy rse die just kurang mnum air kosong,mmg culas..tp sy suap jgk laupon ckit..tp skrg sy cuba tukar susu bg novalac..x tau la ngm ke x ngn die..tngok cmne

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum, sama lah ank sy dr susu lactogen, frisolac, enfalac,Dutch baby, dugro veg, last ni dugro soy & full cream still sembelit jugak, mkn buah byk pun sembelit jugak, sy pun try bg enema utk bg najis keluar rasa lega sekejab sebab najis dah keluar. Tp risau masaalah usus pulak. Enfagrow ni last choice lh hope sgt2 sesuai ngn ank... Thanz ye share information 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, blh tahu, sis guna enfagrow yg mane 1? Ok ke anak sembelit skrg?

      Delete
  14. mommy mommy semua..whatsapp saya .. 0182497903 ..Alhamdulillah..dah ramai mommy yg brjaya atasi masalah sembelit..saya bantu stakat saya mampu

    ReplyDelete
  15. Ank sy tukar ke dugro sembelit..cepat2 sy tukar ke enfagrow semula..igt nk kurgkn kos tp nmpknya enfagrow yg pling ssuai utk dia.. fernleaf x pnh try lg..

    ReplyDelete